Selasa, 6 Ogos 2019

ENRICH PLATINUM : MALAYSIA AIRLINES FIRST CLASS LOUNGE

MALAYSIA AIRLINES FIRST CLASS LOUNGE



Kali ini nak bawa korang semua meninjau bagaimana agaknya suasana dalam Malaysia Airlines First Class Lounge. Lounge ini memang agak sunyi berbanding golden lounge bagi penumpang kelas perniagaan. Suasana yang sunyi selesa serta konsep hidangan makanan secara "fine dining" pastinya satu pengalaman yang menyenangkan sebelum melakukan penerbangan ke sesebuah destinasi.


Info berkenaan bagaiman untuk menjadi ahli Enrich Platinum boleh rujuk di entri sebelum ini 


Bagi tujuan daftar masuk, ahli enrich platinum mempunyai kaunter daftar masuk khas yang dikhususkan untuk penumpang kelas pertama atau business suite. Jadi anda tak perlu untuk beratur panjang dan kebiasaanya segala urusan daftar masuk dibantu oleh pegawai yang bertugas. Malah perkhidmatan pegawai pengiring turut disediakan jika diperlukan.










Ruang makan khas berasingan khas untuk ahli enrich platinum & juga penumpang kelas pertama.

Ruang Rehat yang yang luas serta set2 sofa yang selesa.

Pemandangan pesawat yang menarik.

Kemudahan ruang solat yang selesa, Tandas yang bersih serta bilik mandi bagi mereka yang ingin menyegarkan badan sebelum perjalanan jauh mahupun transit. 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan