Ahad, 20 Oktober 2019

PERJALANAN KE AMASYA : KEMBARA TURKI

AMASYA: Menyingkap senibina rumah klasik di zaman Empayar Uthmaniyyah.

Kali ini nak bawa korang semua kita pergi ke sebuah bandar di utara turkey ( menuju ke sebelah timur dari kota istanbul). Kalau naik bas lebih kurang 10 jam perjalanan dari Istanbul. 

Malas nak tulis panjang2 drama segala. Sepanjang 2 malam disana, tidak banyak yang sempat dilakukan, tetapi apa yang pasti suasana di amasya ini sangat tenang dengan aliran sungai berserta bukit dan senibina rumah dizaman uthmaniyyah ini menghiasi landskapnya. 



turkish breakfast

Secara peribadi saya sukakan suasana sebegini, lebih2 lagi dengan wajah PAN ASIA ini pasti anda akan dipandang eksotik sepanjang keberadaan disana.  Barangkali mungkin sangat kurang pelancong asing ke kawasan ini berbanding bandar2 lain. Tapi seperti biasa, wakil tourism teruja mendengar rakyat malaysia datang kesini. Bangga seketika!!


Kawasan Amasya ini terkenal juga dengan buah Epal variasi tempatan yang mana dikatakan tanah dan lokasinya amat sesuai bagi penanaman buah epal. Jadi jika anda berkunjung kesana jangan lepaskan peluang untuk merasai buah Epal disana. Sebab teruja nak rasa bell jugak kat pakcik jual tepi jalan. Mula2 nak beli 2-3 biji je..tapi baru aku sedar yang aku bukan ada darah turkey yang boleh berbahasa turkey. Maka lantaknya pakcik tue bagi satu beg plastik dekat berbelas biji kot!! Tapi harga sangat murah la..tak ingat berapa..maka lengkap la nutrient aku sepanjang hampir berbaki 2 minggu disana.

Mesti korang tak tahu bahawa Turkey merupakan pengeluar buah Epal ke 3 terbesar didunia selepas China dan US. Dan Amasya menghasilkan lebih kurang 10% pengeluaran Epal Turkey secara total.

Pengalaman duduk guesthouse ottoman house memang superb sebab suasana rasa macam best sgt!! plus aku sorang je yg stay kt situ..mamat yg jaga guesthouse tue senyum memanjang sebab satu2 nya cara kami berkomunikasi ialah dengan bahasa isyarat. Fefeeling sangat breakfast di pension house dengan senibina ottoman nie..seolah-olah berada di zaman lalu. 



Nak view lebih menarik, korang boleh naik bukit tue..diatas sana ada sebuah cafe dengan pemandangan bandar Amasya dari sudut atas. Boleh jalan kaki sahaja untuk kesini. Tapi kalau korang nak naik puncak ( castle ) kakak tourism mencadangkan supaya naik teksi sebab jauh katenya..

Pada sebelah malam akan ada lampu2 LED mewarnai sepanjang sungai serta bukit tersebut. Cantik dan menarik.


ottoman village


Sebenarnya mungkin banyak lagi "hidden gem" di kota Amasya ini yang aku sendiri tak tahu. Andai korang berkesempatan untuk kesini jangan lupa kongsikan pengalaman korang nanti OK. 
— at Amasya Sehir Merkezi.

Khamis, 15 Ogos 2019

SEHIRIS LUKA DI CAPPADOCIA



"Rindu itu kadang datang terlambat,menyerang saat semuanya telah pergi dan menghilang.."

Rabu, 14 Ogos 2019

POLAR NIGHT DI ARTIC CIRCLE : KEMBARA UTARA NORWAY

Malam tanpa siang ( Polar Night Phenomena )



Tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh menikmati tempoh 24 jam malam tanpa siang/ tanpa cahaya matahari jika anda berkunjung di bahagian artic circle. Fenomena ini sangat menakjubkan namun pada masa yang sama anda akan mengalami kecelaruan biological clock selama tempoh keberadaan anda disana.

Bayangkan hidup tanpa mentari, ntah bagaimana mereka disana mampu untuk mengharungi tempoh masa sebulan lebih sepanjang waktu tersebut. Saya sendiri yang berpeluang merasai selama 5 hari di Tromso Norway pun sudah cukup celaru dari semua sudut termasuk kecelaruan identiti. Sehinggakan sekembalinya saya ke bandar Oslo betapa syukurnya dapat kembali menikmat sinaran mentari. Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan fenomena ini berlaku pada musim sejuk manakala pada musim panas anda akan berpeluang melihat satu lagi fenomena berbeza iaitu Midnight Sun. Midnight sun pula adalah fenomena dimana anda hidup 24 jam siang tanpa malam. Ini bermakna anda boleh melihat matahari pada jam 12 tengah malam! Hebat bukan.

InsyaAllah jika berpeluang semoga diberikan kesempatan untuk merasai midnight sun pada masa akan datang. Mungkin bukan di Norway tapi di Greenland ( Mohon pembaca Aminkan ) 

Sedikit tips: Jika merancang perjalanan ke negara artic circle saya galakkan pergi semasa waktu polar night. Ini membolehkan anda menikmati 2 fenomena alam serentak iaitu polar night dan juga persembahan cahaya aurora borealis. Jimat bukan !! Oleh itu Tromso sebagai contoh anda boleh pergi pada awal December sehingga awal Januari. 

Selasa, 13 Ogos 2019

RAHSIA MENDAPATKAN TIKET PESAWAT MURAH DI SAAT AKHIR DENGAN MHholiday

Ha bunyi agak menarik untuk perkongsian kali ini bukan. Ya bagi anda yang ingin melakukan penerbangan atau percutian pada saat2 akhir ( kurang sebulan dari tarikh penerbangan ) maka saya nak kongsikan satu tip penting sebelum anda terus gelojoh membeli secara terus di mana-mana website penerbangan pilihan.

Apa kata anda ambil kira pembelian secara pakej yang di tawarakan oleh mana-mana anak syarikat penerbangan yang menawarkan khidmat "travel agency" seperti MHholiday, Airasiago, dan juga Malindo Holiday.

Ini kerana, rata-rata syarikat ini akan menawarkan harga yang lebih berbaloi dan memberi nilai tambah pada kombinasi harga tiket penerbangan dan juga tempahan hotel. Mungkin ini tidak valid bagi semua syarikat namun ia merupakan satu opsyen untuk anda dari terus buntu dan stress untuk merancang percutian disaat akhir.

Tapi untuk entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai pola harga yang ditawarkan oleh MHholiday.
Tertakluk kepada perubahan dan kondisi seperti berikut:

1. Tidak applicable untuk semua destinasi dan semua tarikh penerbangan.
2. Perlu klik dimana2 bahagian "book now" atau "find out more" dan bukan nya di tab carian biasa di website MHholiday.

Tetapi ianya satu opsyen menarik untuk di terokai seandainya anda merancang perjalanan secara saat akhir.



Sebagai contoh:

Tarikh hari ini 13.08.19


Bercadang untuk melancong ke Phuket pada tarikh 18.08.19 selama 4 Malam

Berikut contoh harga yang diterima melalui website penerbangan secara terus:





Berikut pula harga PAKEJ ( Tiket Penerbangan + Hotel 4 Malam ) dari MHholiday

**Harga adalah untuk seorang termasuk semua cukai.





Jom kita buat sedikit perkiraan perbandingan:

Harga Tiket penerbangan sahaja sudah mencapai RM538/ seorang.

Belum lagi kos penginapan anda disana. Jom kita tengok harga di Agoda untuk kos penginapan bagi hotel yang sama.



STUDIO PATONG BY I CHECK IN

Kos sekiranya pembelian secara berasingan (Beli tiket di website MH) kemudian tempah penginapan di Agoda.com

RM538 ( kos penerbangan ) + RM100 ( kos penginapan seorang utk 4 malam ) = RM 638 seorang

Hey!!!!

Pakej yang ditawarkan oleh MHholiday adalah serendah RM364/seorang!!! (Termasuk tiket penerbangan & juga Penginapan 4 malam )


Penjimatan sehingga RM274 ringgit ( hampir 50%) seorang berbanding dengan harga pembelian secara berasingan!!



Tak berminat untuk stay di hotel2 murah? Jangan risau anda boleh memilih hotel lain dengan jumlah penjimatan yang lebih kurang sama. Cuma pastikan cari pakej yang lebih kurang harga tiket pesawat iatu RM550 - RM600 bagi mendapatkan penjimatan yang sewajarnya.

Apa tunggu lagi, lawati website MHholiday sekarang untuk penjimatan percutian anda!!.pastikan anda membuat carian melalui bukan melalui tab biasa, **Wajib Klik dari mana-mana tab "find out more" meskipun Promosi Phuket tidak ditawarkan Di website MHholiday.





KOLEKSI GAMBAR TRAVEL : IPHONE DALAM KENANGAN


Koleksi gambar sepanjang pengembaraan dengan menggunakan smartphone pertama  dalam sejarah hidup dibeli ketika 2010. RIP Iphone4. Banyak betul jasa iphone4 ini dalam merakamkan detik-detik pengembaraan merentas dunia. Meskipun pada ketika itu DSLR D90 kerap juga dibawa bersama, namun atas faktor saiz serta faktor keselamatan ketika berada di perantauan, maka iphone4 lah menjadi pilihan untuk merakam segalanya dengan lebih cepat dan pantas.

Namun ada kalanya, memang iphone4 ini sahaja yang dibawa ketika mengembara. Adakala kombinasi dengan gopro menjadi pilihan. Jika dilihat semula hasil dari lensa iphone ini, ternyata jujur saya katakan lebih banyak "moment" yang kadangkala tidak dirakam menggunakan DSLR. 

Jadi saya ingin kongsikan sedikit tips berkenaan bagaimana untuk memaksimumkan kualiti gambar dari lensa smartphone anda.


1. Pegang phone anda dengan kemas bagi mengelakkan sebarang gegaran.

2. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan smartphone milik anda. Maksimumkan potensi setiap jenis smartphone anda.

3. Cuci lense kamera smartphone anda. Lap dengan kain bagi mengelakkan kekotoran.

4. Ambil gambar secara portrait dan landskap bagi setiap suasana atau subjek.

5. Jika anda kurang mahir bab komposisi gambar jangan khuatir, cropping teknik boleh dilakukan kemudian.

6. Ambil semaksimum gambar yang mungkin seandainya anda pergi ke tempat yang tak mungkin anda ulang ziarah kembali. Suasana, moment, info dan sebagainya.

7. Dapatkan inspirasi contoh-contoh sudut-sudut serta komposisi menarik melalui # instagram mahupun google dan juga flickr.

8. Praktis dan terus Praktis. 


Seandainya gambar yang anda abadikan tidak blur dan jelas sebenarnya ia sudah cukup baik. Untuk lebih menambahkan ketajaman gambar, mood gambar, komposisi dan lain-lain, semuanya boleh dilakukan dengan sedikit ilmu asas menggunakan Lightroom. 

Namun begitu, bergantung kepada tahap kualiti gambar asal ( raw picture ) yang dihasilkan,akan menentukan selama mana tempoh masa dan sebanyak mana penambahbaikan yang perlu dilakukan. Tapi jangan risau, percayalah masa pasti mengubah segalanya, Asalkan ada usaha untuk kita memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan yang ada.


Dizaman teknologi alam maya kini, semua ilmu dapat dipelajari dengan mudah tanpa sempadan. Malah ianya hanya memerlukan usaha dan masa tanpa perlu melibatkan kos. Jujur saya tidak pernah sekalipun menghadiri kelas secara formal berkenaan photography, semuanya belajar dari sumber-sumber online dan juga kesilapan serta pengalaman. Bukan menidakkan keperluan menuntut ilmu dengan menghadiri kelas, cumanya saya bukan bergiat secara profesional dalam bidang ini. Maka atas dasar itu, sumber pembelajaran atas talian secara percuma lebih sesuai.