Capri Island, Italy
Capri Island terletak di bahagian selatan itali di gulf of naples. Menjadi destinasi tumpuan pelancong terutamanya pada musim panas dan merupakan salah satu "cliffside town" di Itali selain clinque terre, positano, atrani dll.
Yang menariknya, pulau batu kapur ini, dihiasi oleh struktur rumah,bangunan yang berwarna warni dan suasana bertambah menarik menjelang waktu senja dan malam bilamana lampu neon di nyalakan.
Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian : Capri & Anacapri. Capri merupakan centre utama manakala Anacapri yang terletak dibahagian barat ( kawasan bukit ) menyajikan pemandangan yang menakjubkan dari sisi atas.
Untuk ke Capri Island ini anda perlu menaiki ferry/hydrofoil dari beberapa lokasi seperti Naples, Sorrento, Positano, Amalfi mahupun Salerno. Meskipun bergitu beberapa lokasi mempunyai frekuensi ferry yang berbeza dan mengikut musim. Untuk lebih jelas sila lihat google map.
Jom saya bagi sedikit gambar bagaimana untuk sampai kesini dari Ibu Kota Rome sebagai contohnya:
ROME - NAPLES - CAPRI ISLAND
Rome - Naples boleh naik flight/ train. Ikut mana yang murah dan budget masing2. Perjalanan flight kurang dr 1 jam dan train lebih kurang 1-2 jam bergantung kepada jenis train yang di ambil. Train jika beli seawal 2-3 bulan boleh dapat kurang dari 20 euro one way. Dimana nak beli? sila ke italiarail.com or trenitalia.com atau captaintrain.com.
Jika naik flight anda akan sampai di NAP ( Naples Capodochino Airport )
Kemudian naik Alibus ( local bus type not express bus type ) untuk ke naples city. Anda perlu berjalan lebih kurang 300 m selepas keluar dr arrival hall. Cari bus stop selepas pokok2 besar. ** Jangan tunggu bus di depan arrival hall!
Tambang lebih kurang 3 euro. Bus akan stop di 2 perhentian:
1. (Stazione Centrale) - lebih kurang 500m ke train station
2. Ferry port ( Molo Beverollo ) - Obviously turun kat sini dan terus ke kaunter ferry berdekatan. kurang 100m.
Jika naik train dari Rome, sila naik bas dari Staznione Centralle. ( Cari sign Alibus ). Naik bus sila bg tahu nak ke porto molo beverollo. Takot direction bus tue ke Airport plak😂 but still tak akan sesat, anda masih di itali konsepnya..hahaha. Oldebest!!
Andai anda ingin bermalam di Capri Island, maka teruskan perjalanan anda ke Capri Island. Namun jika anda hanya ingin membuat day trip ke Capri Island, mohon menginap di Hotel/hostel berhampiran porto kerana Capri Island harus di explore seawal pagi.
Hostel of the Sun adalah salah satu contoh hostel budget berhampiran. Maklumat lanjut sila cari di Agoda/booking.com.
Tiket ferry berharga lebih kurang 20 euro one-way. Sila rujuk jadual bagi ferry terakhir dari Capri Island - Naples (Napoli) jika anda ingin membuat day trip.
Untuk info jadual ferry boleh singgah di website capri.com
Seandainya anda tidak mahu ke naples sebagai persinggahan, anda boleh terus menuju ke SALERNO dari ROME atau mana2 kota di itali. Kemudian dari SALERNO anda boleh menaiki ferry ke Capri Island. Cuma details bagi route ini akan dikongsikan dalam entri yang akan datang ( jika rajin ) haha.. beserta bagaimana untuk tour around Capri Island.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan