Rabu, 26 September 2012

DEUTER BACKPACK

Deuter Quantum 70+10 Backpack + Transport Cover

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat untuk mendapatkan backpack deuter nie teruatamanya untuk pengembaraan Sarawak Borneo yang akan datang.Setelah membuat sedikit kajian dan survey maka kedai Beg Yoon Hin menjadi pilihan.Dengan harga RM 600 , Deuter Quantum ini sah menjadi milik aku.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan bag deuter atau segala jenis backpacks, boleh berkunjung ke kedai beg Yoon Hin di pertama kompleks, KL.( refer alamat di penghujung entry nie). bagi yang inginkan harga sedikit murah boleh beli secara online, ada beberapa website yang menjual beg deuter secara online.Sila rujuk Mr Google.

Review untuk Kedai Bag Yoon Hin
  • Excellent customer service, sangat2 membantu dalam pemilihan bag bagi mereka yang tak tahu nak pilih bag mana yang sesuai.
  • Meskipun keadaan kedai yang agak sempit, beg display tersangat la banyak..boleh rambang mata.
** Disclaimer : Aku tak dapat apa2 komisyen pun untuk promote kedai ini ok :) Nway it's higly recommended. have a visit!!



KEDAI BAG YOON HIN
LOT UNIT NO. G66, GROUND FLOOR
PERTAMA SHOPPING COMPLEX,
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
50100 KUALA LUMPUR
Tel : 03-26988493 H/P: 0126954843 




HELLO TOMORROW : EMIRATES AIRLINE

Sayap Emirates Airline
  
Sekadar nak kongsi pengalaman menaiki penerbangan emirates airline semasa pulang ke negera kedua ( Australia ) selepas Malaysia...hehe..tanah tumpah darahku. (agak poyo di situ) sebenarnya tujuan kembali ke Melbourne Australia adalah di atas urusan majlis graduasi yang sengaja di tangguhkan untuk di jadikan alasan kukuh untuk kembali ke melbourne. Sebenarnya boleh je stay terus kat sana sementara tunggu majlis graduasi. (agak mengada2 di situ)hehe

untuk tempahan tiket sepatutnya memang dah boleh beli awal..lagi pun banyak gap masa sebelum tarikh majlis. tetatpi memandangkan ada sedikit communication breakdown dengan pihak pengurusan university maka terpaksa la aku settle kan dulu allocation untuk majlis tersebut. jadi urusan pembelian tiket flight terpaksa di tangguhkan.

cerita sikit tentang majlis graduasi di melbourne university. sistem dia macam lain skit..terpulang pada pelajar untuk grad bila2 masa sahaja..x nak atttend majlis pun x apa..infact ada je yang lepas kerja + kahwin baru datang balik untuk grad..hermmm..tak tau la sebab apa...apa2 pun mungkin mereka ada sebab2 tersendiri mungkin. 

perancangan awal nak beli tiket AirAsia. ( walaupun berat hati sebenarnya nak meleburkan rekod Malaysia Airline sepanjang hayat ) namun apakah daya nak jimat punya pasal..haha. Amat terkejut dengan harga AirAsia time tue. ( sambil dalam hati riang x terkata sebab ada alasan kukuh nak naik MAS ) hihi. Kemudian dengan bangganya terus ke website MAS. hermmm agak sedikit mahal dengan AirAsia. dalam RM 500 beza dia. kemudian ntah macam mana boleh plak terbaca news dekat internet yang Emirates baru start route Kuala Lumpur to Melbourne dalam sebelun yang lepas..so sudah pasti ada offer!!! So apa lagi bila check harga WOW.. sama harga dengan AirAsia!!! tanpa prasangka terus je booking tiket Emirates ke Melbourne. ( time nie tak tahu pun ada applikasi skyscanner untuk check harga tiket penerbangan ke setiap destinasi yang kita nak pergi ) ( sekali lagi agak kekampungan di situ)..hehe


Alhamdulillah proses pembelian berjalan lancar..siap pergi Emirates KL HQ  di pavillion untuk ambil tiket. customer service yang superb. siap tolong dapatkan visa lagi. senang skit daripada nak apply online sendiri. 

tiba pada di hari perlepasan. urusan check in lancar sebab x ramai orang pun naik flight time tue. mungkin sebab dia airline baru untuk untuk route KL - Melbourne yang sebelum nie HANYA di dominasi oleh MAS dan AirAsia. Dapat window seat. flight tersangatlah kosong time tue. untuk row aku aku sorang je duduk..(memang seronok la sebab dapat baring2 bagai nanti..hehe.)

kemudian nak di jadikan cerita time serve snacks datang la 2 orang pramugari kat aku..ntah macam mana dia tanya

pramugari : you dari malaysia yer? 
Aku : Ha'ah sambil senyum.
pramugari : saya pun dari malaysia.dia cerita dia baru kerja dengan emirates dengan kawan dia sorang lg tue.
Aku : ooo ic..baik nya for sure la kan..1 Malaysia. 

terus bersembang siap bagi aku banyak snacks lg..berbulu je mat salleh row belakang aku tue..(assumption aku je) hehe

tak lama kemudian semasa kami berada di ruang udara indonesia, pramugari tadi buat announcement untuk tengok ke luar tingkat sebab ada flight emirates yang terbang jgak menuju ke indonesia katanya..dan perkara ini jarang berlaku sebab Airlines yang sama..nampak jelas dari tingkap tempat aku duduk tue flight Boeing memecut laju..pengalaman yang menarik. sebab sepanjang aku naik flight memang x pernah nampak ( atau mungkin time flight lalu aku tdo kot) hehe

Secara keseluruhannya memang pengalaman yang terbaik dapat naik emirates. meskipun rekod MAS sepanjang hayat lebur. tapi emirates memberikan sinar baru..cewah..hehe..Apa2 pun Emirates Airline memamg terbaik!!!Masa dalam flight a few hours before landing aku isi la borang survey..siap promote nama pramugari tue..cakap excellent service..hehe.. jom layan gambar 


Sajian Makan Malam Emirates Airline: Standard Malaysia Airline. Suka sangat Mango Juice dia as recommended by Pramugari Malysia yang peramah..hehe




The Best Airline Entertainment System. Emirates Airline dapat award untuk Entertainment system. Macam MAS kan  Best Cabin Crew. lebih kurang la.. :)


Sabtu, 22 September 2012

KOLEKSI 08-10

   Koleksi Alam
 
 Koleksi Portraiture
 
Koleksi Seni Abstrak


......................................................................................................................

Alam ini secara fitrahnya adalah tersangat cantik, betapa ini menggambarkan kebesaran dan KeAgungan Tuhan yang Maha Esa. Diri ini sekadar menterjemah keindahan hak milik Nya bagi mereka yang tidak jelas akan Kebesaran-Nya. Moga bermanfaat

Sabtu, 15 September 2012

LANGKAH BERMULA


entry pertama.

InsyaAllah langkah bermula untuk menulis pengembaraan yang akan di tempuhi. Blog ini akan memuatkan cerita dan gambar-gambar yang sejuk mata memandang ( sejuk la sangat.. hehe). apa2 pun berbekalkan pengalaman dalam dunia fotografi selama 4 tahun insyaAllah akan cuba kongsikan yang terbaik buat semua yang singgah di blog nie ( itu pun kalo ada yang singgah la )

nota kaki : dulu gila photoblog / flickr tp skrg citarasa dah berubah untuk mula menulis. (meskipun BM dan BI aku tak berapa nak hebat ) hehe


- gambar di jeti untuk island hopping pulau Langkawi -