Isnin, 18 Mac 2013

SARAWAK BORNEO 4

Kisah ini adalah kesinambungan dari cerita  

Day 3 - Miri Part 3

lebih kurang maghrib kami pun tiba di guesthouse. Ini malam pertama aku tidur di Sarawak dan merasai nikmat tidur di guesthouse. ( nikmat ke? ) haha. Sebelum masuk ke bilik sempat berehat sebentar di living hall guesthouse. Mrs Lee masih ada lagi di guesthouse. jadi kami ambil kesempatan untuk bersembang sedikit terutamanya mengenai perjalanan kami ke niah national park ( the greater cave ). Kebetulan rakan seperjalanan kami (backpackers Uk) pun turut berada di living hall. Menurut Mrs Lee, trip kami akan turut disertai oleh seorang lagi backpackers dari Switzerland. Tapi dia tak stay di guesthouse kami. cuma esok sebelum bergerak kami difahamkan driver akan pick up dia kemudian.

Pada asalnya, rancangan kami adalah untuk menaiki public transport ( Bas ) menuju ke Kg Batu Niah kemudian bermalam di chalet disana semalam sebelum berangkat semula ke bandar Miri. Namun setelah mendapat penerangan yang agak terperinci dari Mrs Lee,ditambah pula pengalaman adventure kami petang tadi telah mendorong kami untuk bersama-sama lebih santai tanpa mengambil sebarang risiko lagi. ( hahaha..padan muka ko..rasakan ). Jadi kami bersetuju untuk menyewa kereta berserta pemandu untuk kesana.Sebenarnya kami diberitahu bahawa tiada bas yang khas untuk perjalanan terus ke Kg Batu Niah. tetapi terdapat bas express yang sekadar melalui jalan kampung tersebut sebagai destinasi persinggahan. Kekerapan bas pun tidak lah sekerap mana. walaubagaimanapun jika korang nak cuba tiada salahnya. cuma secara peribadi mungkin kena bermalam di Niah National Park supaya tidak "rushing". lagi pun bas terakhir lebih kurang jam 5.30 petang.

Harga yang dikenakan adalah RM60 seorang. Harga ini termasuk perjalanan pergi dan balik. Kami diberitahu oleh Mrs Lee bahawa sandwich, Air Mineral, Epal akan dibekalkan kepada kami. Secara peribadi aku rasa harga RM60 seorang adalah sedikit overcharge.huhu. untuk sebuah kereta sahaja, jumlah adalah RM 240.00. ( kami berempat dengan menaiki kereta proton Saga baru ). lagipun perjalanan lebih kurang sejam lebih sahaja ( one-way ). hermmm ntah la..tapi semasa perjalanan meneroka gua sempat bergosip mengenai harga yang dikenakan oleh Mr Driver. ( tak ingat nama dia ).

Selepas diberikan maklumat mengenai perjalanan esok, kami pun naik ke bilik untuk berehat. huhu nikmat tak terhingga bila dapat baring atas katil. lenguh habis semua kaki..hehe. Untuk malam pertama tue, aku tidur awal sebab sangat penat. budget dapat lah tidur lena tapi selepas beberapa jam tidur aku terjaga. ye la backpackers lain kehulu kehilir depan pintu bilik aku. Memang agak mengganggu jugak la..al maklumlah diorang nie biasa dengan night life. sure kalo tak balik tengah-tengah malam memang tak sah. jadi tidur aku agak la terganggu sedikit.

Keesokan paginya, setelah puas berehat semalaman, pagi kami dimulakan dengan keberjayaan bangun seawal pagi untuk solat subuh. Setelah mandi semua, terus turun untuk breakfast di "pantry" di tingkat bawah. Breakfast memamg disediakan oleh pihak Guesthouse. Tapi hanya menu basic sahaja. Roti, Jem, Butter, Kaya, dan buah-buahan tempatan. Alhamdulillah cukup untuk memulakan lembaran pengembaraan yang seterusnya di Borneo. Satu perkara yang aku suka ketika breakfast ialah sudut "pantry" di guesthouse nie. bagi aku secara peribadi sangat "sweet" sususan dia disamping "atmosphere" dia yang lebih kepada "natural lighthing". Tetiba je feeling lebih plak time breakfast!! hahaha..tapi nak buat macam mana dah memang jenis suka feeling terlebih.layan je la..

Ha enjoy la view semasa breakfast nie.
Habiskan masa bergambar lebih dari breakfast. Layan..
Dekat dengan nature, mmg feeling terlebih. hehe..

Selesai sahaja breakfast sempat bertembung dengan Anna ( backpackers UK ) yang akan join trip nanti. waktu ketika itu dah hampir 9.30 pagi. Sebab Mrs Lee suruh tunggu dibawah jam 9.30 pagi. So dengan tergesa-gesa minah tue pun makan cepat-cepat. Bila turun je driver sudah pun terjegat kat sebelah kereta dia. Masing-masing pun memperkenalkan diri dan terus sahaja bergerak menuju ke satu lagi hostel berdekatan untuk pick up Alina ( backpackers Switzerland ). perjalanan diteruskan ke destinasi yang dinanti. Sepanjang perjalanan aktiviti kami hanya lah bersembang semata-mata. Aku duduk depan, so partner sembang aku adalah Mr Driver..sebab macam payah nak sembang dengan orang belakang. Banyak juga benda benda baru yang dikongsikan oleh Anna & Alina nie. maklumla mereka nie adalah dari golongan backpackers TEGAR!!. Tak reti nak balik rumah..haha..Anna ( asal brighton, London ) **matilah hafal segala..haha** almost 3 years tak balik London, sebelum ke Malaysia dia lepak di Vietnam selama 2 tahun dan boleh berbahasa Vietnam..respect la. Background phsycology dan merupakan seorang guru. banyak la lagi pasal minah nie. tapi tak kan aku nak tulis panjang lebar pasal dia kan. hehe..cukup la sekadar itu.

Ha lagi sorang nie plak nama dia Alina ( asal german - duduk switzerland ) tak pandai cakap german. haha macam-macam manusia kan. Semua benda kot nak cerita, pasal family bercerai bagai..disebabkan aku nie pendengar yang baik, maka aku layan je la. dia nie muda lagi high school student. Dia medical student. tp sebab dia nak travel dulu untuk bina kenyakinan diri ( Katenya ) maka di stop sekejap pengajian.huhu.. sumber kewangan utama adalah dari parents dia. ( hohoho..bapak best giler kalo anak orang kaya kan..senang-senang je nak dapat duit untuk travel ) Apa-apa pun dia pada masa yang sama akan bekerja di di new zealand untuk sara perbelanjaaan dia nanti sepanjang di new zealand.( selepas dia ke Kota Kinabalu ).

Apa - apa pun sepanjang perjalanan bagi aku bukan sekadar sembang kosong, sebenarnya banyak benda/pengajaran yang dapat aku ambil dari kisah-kisah mereka. Salah satu perkara ialah mengenai pengetahuan mereka mengenai sesuatu tempat. Cuba bayangkan orang luar lebih Arif ( arif bukan nama orang :) ) tentang negara kita sendiri. seriously aku rasa tercabar sangat sebab sepatutnya aku sebagai rakyat malaysia kena la tahu lebih berbanding orang luar yang sekadar singgah di negara kita. huhu..dan kerana itulah sebelum aku merancang untuk mengembara keluar negara aku dah setkan beberapa target tentang pengetahuan aku mengenai negara aku sendiri. ( sambil lagu "ini lah barisan kita" berkumandang ) hehe..patriotik habis..ala standard la, sekarang kan isu pencerobohan lahad datu, kena la uptodate..katenya.

**Bila baca kali kedua statement diatas aku rasa macam ini semua poyo..kan? Kan? haha..padahal cakap je la tak de BUDGET nak travel luar negara ( sambil lagu "Manusia Miskin Kaya" berkemundang plak, Boley?..haha.  (whatever la kan) hehe..

Sedar tak sedar kami pun sampai di perkarangan Niah National park.

Pintu masuk Niah National Park. Penambahbaikan perlu dilakukan..huhu





















Bersambung....


Khamis, 14 Mac 2013

MELBOURNE : LENSA DIGITAL

Flinders Station yang terletak di tengah bandaraya Melbourne.


















Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke melbourne pasti sudah tidak asing lagi dengan senibina bangunan flinders station. Bangunan lama ini merupakan stesen utama bagi jaringan keretapi di Victoria. Ianya terletak di tengah bandaraya Melbourne dan menjadi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke melbourne. Bagi sesiapa yang bercadang untuk melancong ke melbourne, flinders station merupakan antara tempat wajib untuk dilawati. 

Kebanyakkan bangunan penting di melbourne adalah kawasan larangan untuk mengambil gambar, biasanya perlu meminta kebenaran dari pihak berkuasa. Sejauh mana kebenaranya, aku sendiri kurang pasti. namun apa yang pasti aku pernah beberapa kali ditegur oleh pihak berkuasa tempatan ketika aku mengambil beberapa keping gambar di beberapa tempat secara dekat dan excited termasuk flinders station. walaubagaimanapun ianya semua bergantung kepada nasib dan kecekapan ketika mengambil gambar. Jadi pesanan kepada anda semua yang bakal berkunjung ke sini, pastikan anda mengambil gambar dengan kadar yang sesegera mungkin bagi mengelakkan anda di tegur oleh pihak berkuasa. ( malu siot !!..haha) So, untuk yang kaki posing tue pandai pandai la cover line, jangan asyik sangat sampai tak ingat dunia. 

Deduksi aku sebab kena tegur:

1. Bawak kamera DSLR dengan set lense bagai. ( lepas tue gaya ala-ala pro plak tue...hahaha ** yang nie masuk bakul angkat sendiri punya statement** )
2. Terlalu excited sampai segenap sudut dan details nak snap. Disitu mungkin timbul syakwasangka dr pihak berkuasa.
3. Raut wajah sedikit berjambang.( barangkali dianggap sepupu sepapat Osama bin Laden kot ) hihihi..cakap pasal jambang + janggur nie pernah sekali kena tahan kat Airport Tasmania. Seriously tak takut pun..haha. Ceritanya begini. lepas turun dari flight melalui tangga so kena la bertapak sedikit sebelum tiba di pintu imigrisen. tapi separuh perjalanan aku dah nampak 2 orang officer , lelaki dan perempuan asyik pandang aku sambil berbisik bisik. Jadi aku pun dalam hati memang confirm aku akan kena geledah. Memadangkan aku dah agak peristiwa itu akan berlaku jadi aku pun senyum je la memanjang sampai la aku ke pintu imigrisen. Kemudian, dia cakap yang ni Random Check, huhu banyak la ko punya random check, padahal dari awal tadi dah usha aku..huhu..so aku pun buka la bag kamera aku, kemudian lepas check semua dia pun lepaskan je, dan minah tue nak coverina dia pun cakap wow great camera..bla bla. bla..and have a nice trip in Tasmania. Menyampah aku sebab penat kot nak bukak beg bagai dan yang paling tension jatuh saham aku..hahaha. 

Gambar diatas aku ambil diseberang jalan dekat dengan tiang lampu isyarat berdekatan gereja yang besar super pada tahun 2007. Biasa la aku bila tension/ stress/ sedih/kecewa, sure membawa diri dengan peneman setia aku ( camera ) kemana mana destinasi tanpa tujuan. Just jalan jalan sambil ambil gambar. Banyak sebenarnya gambar yang menarik sepanjang di bumi Australia hasil kesan daripada "Membawa Diri"Antaranya ialah seperti entri Melbourne City At Night Secara peribadi, untuk penghasilan gambar yang baik, ianya memerlukan pengamatan yang baik dan asimilasi elemen elemen emosi bagi menghidupkan gambar tersebut agar nampak sentiasa segar dan lebih bermakna. Jika tidak untuk orang lain tapi sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri. (  tapi jangan plak syiok sendiri plak!! hahaha ).Dan harapnya korang semua tak tanya berapa kali aku tekan shutter untuk dapatkan hasil gambar seperti diatas. **smile** 

Fotografi bukan sekadar bawak DSLR ke hulu ke hilir dan suka suka snap sana sini ( macam budak budak muda sekarang), bahkan ianya lebih daripada itu. Kena ada objektif , identiti dan prinsip dalam melakukannya. Sekadar renungan bersama, insyaAllah. **smile**







Isnin, 11 Mac 2013

DUNIA TANPA WARNA

Gambar sekadar hiasan. it's the journey not the destination ( bagi aku kedua-duanya adalah penting..perjalanan dan destinasi ) :)






Sekali sekali nak inter frame boleh kan? hehe. Seandainya dunia tiada warna, tetap akan aku kagumi - lirik lagu nasyid..memang terkesan sungguh terutamanya pada mereka yang suka jelajah dunia luar mengagumi keindahan yang MAHA PENCIPTA. Salah satu perkara yang membuatkan aku suka travel ke destinasi alam semulajadi ialah kerana ketenangan yang dicari pasti hadir dalam diri. Seolah olah akan ada korelasi antara jiwa dan alam sekeliling. Sudah pasti aku akan memejamkan mata sebentar untuk " feel the nature ", jika berkesempatan juga, boleh la membaca beberapa ayat al quran atau beberapa helaian. Ini adalah antara rutin wajib bagi saya sebagai seorang traveller. Tak boleh nak gambarkan ketenangan pada waktu dan ketika itu. Mungkin anda juga boleh cuba untuk merasainya sendiri, InsyaAllah.Begitu juga nikmatnya menunaikan solat di tepi pantai, didalam hutan, di atas gunung bersalji. SubhanaAllah. Syukur kerana telah diberikan peluang untuk merasai segala nikmat tersebut sepanjang menuntut di bumi asing.

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

 ( Surah Al Mulk : 3-4 )
+ gambar di ambil di Great Otway National Park, Victoria +


MUSIM BUNGA DI MELBOURNE : MELBOURNE TULIP FESTIVAL

Entri kali ini, nak kongsikan cebisan kenangan di sepanjang musim bunga di melbourne. sepanjang 3 tahun di melbourne, Alhamdulillah 2 kali berjaya menjejakkan kaki ke Melbourne tulip festival atau Tesselaar tulip festival. Festival ini akan dibuka pada pertengahan bulan september sehingga pertengahan bulan october setiap tahun dimana waktu ini adalah waktu puncak bagi musim bunga di benua Australasia. Hampir setengah juta bunga tulip dari berbagai species dan warna turut di pamerkan disini. Taman tulip ini terletak di Monbulk Road, Silvan iaitu kira kira 1 jam perjalanan dari bandar melbourne. Bagi mereka yang merancang untuk menaiki pengangkutan awam, anda boleh menaiki train dari bandar melbourne menuju ke stesen Lilydale dan seterusnya menaiki shuttle atau bas yang disediakan. untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan mengguna public transport boleh rujuk di laman sesawang " Tesselaar tulip festival " dan "Metlink" ( tram + train info ).
Untuk masuk ke festival ini, sedikit yuran akan dikenakan ( lebih kurang AUD 18 bagi dewasa). Sedikit tips untuk anda yang ingin kesana, pastikan anda merancang perjalanan yang rapi terutamanya faktor cuaca. Jika hujan turun pada hari tersebut maka pemandangan akan kurang menarik dan anda tak boleh la nak posing macam jejaka jejaka** kat bawah nie posing nanti. hehe. 

Pertama kali aku pergi ke sini adalah pada tahun 2007, ketika itu kamera pun hanya compact kamera sahaja ( olympus u 700, super gegar ) seriuosly bila amik gambar je gambar jadi blurr dan tak sharp..huhu memang tension tahap super. tapi untuk kali yang kedua, Alhamdulillah time nie dah ada DSLR, jadi memang bergambar sakan la, tapi bukan aku yang bergambar tapi jejaka-jejaka di bawah. hehe, biasalah sebagai seorang fotographer, aku lebih suka mengabadikan potret potret orang lain berbanding diri sendiri. lagi pun aku tak de lah pandai sangat untuk posing-posing depan kamera nie ( ye ke?? hahaha..aku punya posing genre lain kot..sekali sekala je aku posing dan masuk dalam gambar ). Bagi aku setiap gambar yang ambil aku yakin aku lah disebalik setiap gambar tersebut ( Ha kan falsafah dah terkeluar..haha..) tapi ini semua make sense pun, sebab bila aku tengok gambar dari arah pandangan sekarang, aku juga yang berada di lokasi yang sama pada sudut yang sama ketika gambar itu di ambil. ( Tak per, korang semua tak faham kan? saje je aku nak kasi panjang sikit entri nie. hahaha

Ok la, aku ceritakan sedikit tentang perjalanan kami ke melbourne tulip festival. Biasanya kami akan plan awal sehari sebelum bergerak untuk pastikan keadaan cuaca adalah baik (definisi baik = langit membiru + mentari cerah menyinari ) kemudian akan prepare makanan dari rumah. Bawak sandwich, charcoal chicken, roti, juice, kalo rajin sikit bawak la nasi dan lauk. hehe. Ini adalah rutin kebiasaan bila kami nak pergi mana mana trip. Gerak awal pagi supaya boleh habiskan banyak masa di destinasi, nak bergambar bagai, makan, solat dll. Sebaik sahaja tiba di destinasi, alhamdulillah cuaca sangat baik, memang terbaik!! apa lagi bermula lah sesi bergambar dan feeling-feeling macam kat Amsterdam. haha..ada yang berlari -lari, melompat-lompat ( nie posing wajib ), dan ada juga yang menikmat keindahan sekeliling macam aku..hehe.

Dah penat pusing satu taman, kami makan makanan yang dibawa, kemdian solat dan sebelum pulang sempat petik bunga tulip. Wargh seronok tak terhingga!! tapi kami petik kemudian bayar OK..sebatang kalau tak silap AUD3. huhu mahal super. Bagi korang yang memang gila bunga dan merancang untuk bercuti ke Melbourne di musim bunga sila datang ke Melbourne tulip festival. Pasti berbaloi- baloi. 




** jejaka-jejaka dalam hati ada taman. Taman apa? Taman Tulip la..haha

Jumaat, 8 Mac 2013

MUSIM PANAS DI MELBOURNE 1 : LADANG CHERRY

Bercerita mengenai musim panas di luar negara sudah pasti anda terbayang akan ratusan manusia berjemur di tepian pantai. ( Ooppzz..)Jika bukan bayangan anda sekalipun,Barangkali itu yang banyak di gambarkan oleh sumber-sumber media terutamanya kepada masyarakat Asia. Namun penulis kali ini ingin membawa sedikit perubahan dalam konteks musim panas di luar negara khususnya di melbourne Australia. ( kenapa tiba tiba ayat menjadi skema?? )

Musim panas bagi masyarakat kita mungkin adalah perkara biasa dan tidak ada yang special. ( offcourse la kan sebab hampir sepanjang tahun musim panas..hehe) Tapi bagi masyarakat disana, musim panas adalah antara musim yang dinanti disebabkan mereka ada cuti panjang pada ketika itu terutamanya kepada pelajar. 3 bulan cuti musim panas ini adalah sangat panjang dan sudah pasti pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan. Antaranya ialah berkhemah, mengembara, mendaki gunung dan lain lain lagi.

Bagi seorang pelajar antarabangsa, kebiasaannya cuti musim panas merupakan peluang yang terbaik untuk mereka pulang ke tanah air untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Bagi mereka yang berasal dari malaysia ( Tropical Climate ), faktor peralihan suhu ( musim panas - musim tengkujuh ) disamping tempoh cuti yang panjang memberikan satu peluang yang cukup baik untuk memanfaatkan cuti musim panas di negara asal berbanding di Australia. Namun pada Disember 2008, iaitu tahun akhir pengajian disana, penulis telah membuat keputusan untuk merasai musim panas buat pertama kalinya di Australia memandangkan ini tahun terakhir menetap di bumi down under. Berikut adalah perkongsian pengalaman pengembaraan penulis sepanjang musim panas 2008 di melbourne.

Pada awal musim cuti, aku dan beberapa rakan lain sibuk mencari mencari kerja part time untuk memenuhi masa sepanjang musim panas pada kali ini. sebenarnya niat nak kerja bukan lah untuk duit semata-mata, tapi lebih kepada untuk mencari pengalaman bekerja sebagai pekerja ladang yang sering disebut2 oleh rakan rakan senior akan keseronokannya. pada mulanya merancang untuk bekerja di ladang anggur, tapi apakan daya anggur hanya di petik ketika musim sejuk sahaja di Australia iaitu dari June - Ogos. Sebab utama nak kerja ladang anggur kerana anggur kat sana super sedap..hehe. ( ini adalah persepsi sebelum kerja di ladang cherry ) dan akhirnya setelah menikmati sendiri kesegaran dan keranuman buah cherry maka aku letakkan buah cherry adalah buah yang paling aku gemari.hehe.

Ok, untuk melayakkan diri bekerja di Australia, kami harus membuat permohonan VISA bekerja sementara,(yuran dikenakan tp dah x ingat berapa AUD). selepas mendapatkan VISA ini barulah dibenarkan bekerja di australia. Al maklumla kami datang ke Australia adalah melalui VISA pelajar yang mana dalam VISA ini tidak melayakkan kami berkerja sepanjang pengajian tanpa VISA berkerja sementara. Procedure mudah je..semua online. Ini antara perkara yang aku suka tentang negara maju..semuanya hanya dihujung jari. Selesai urusan VISA, kini tiba masanya untuk mencari peluang pekerjaan. yang ini pun mudah juga, hanya melibatkan proses atas talian. mudah kan?.tapi cuma bergantung kepada kekosongan jawatan la..( Oppss jawatan la sangat..pekerja ladang je kot )

Alhamdulilah, setelah puas mencari akhirnya diberikan peluang untuk bekerja di sebuah ladang apple..huhu tapi bukan petik apple pun, kerja kami hanya meleraikan gugusan apple pada setiap pokok ( ala apa ntah dia punya terms ) mudah je..jika setiap dahan mempunyai lebih dari 2 biji apple maka kita kena buang buah yang selebihnya bagi menggalakkan tumbesaran buah dan mengurangkan persaingan. walupun nampak mudah, namun secara jujur untuk menjadi seorang pekerja yang berjaya adalah sukar.

Di sini kami dibayar mengikut jam dan dalam sehari kami diletakkan target untuk siapkan beberapa baris yang panjang..huuhu..seriously mmg tak sempat. Hari pertama kerja dah kena maki haha..al almaklumla kami kan budak baik dan kerja pun penuh dengan ketelitian. Sudah pasti ambil masa yang agak lama.Selepas peristiwa dimaki maka kitaorang pun buat kerja dengan sepantas kilat..cuba bayangkan setiap dahan ada 6 biji apple yang muda dan sangat-sangat rapat antara satu sama lain..tangkai pula sangat dah la pendek dan tak kuat sebab muda lagi..bila menggunakan kedua dua tangan untuk cepat dan tanpa melihat dengan teliti maka setiap dahan habis gugur semua buah..haha. ntah berapa banyak pokok yang buah tak de..Haa..padan la muka..dah tue nak suruh cepat sangat..sebab dia x check sangat setiap pokok, yang dia check adalah lebihan buah yang gugur kat tanah..bila ada itu maksudnya kita dah siap untuk baris tue atau pokok tersebut..rupanya baru la kami tahu itu lah kunci kejayaan nya. Haha

Memandangkan kerja itu agak sukar ( 3 hari je kot kerja kat ladang apple tue ) time nie kitaorang drive ulang alik dari melbourne city ke tempat kerja, jadi kami pun cuba mencari kerja di ladang lain ( Bukan kena pecat tau!! haha *matilah tak nak mengaku ). Dipendekkan cerita ada pula kekosongan di ladang cherry old oak orchard yang terletak di kawasan Yarra Valley. Hello.. nie part yang seronok sikit sebab kami diberikan penginapan secara percuma disamping suasana yang sangat awesome. :) Kami menetap disini lebih kurang 3 minggu.




Sedikit informasi untuk pembaca sekalian.Old oak orchard terletak lebih kurang sejam lebih perjalanan dari Bandar Melbourne. Terletak di Yarra Valley, ladang ini adalah antara kawasan tumpuan utama bagi penghasilan buah cherry di Victoria. Lokasi di kawasan lembah memang sangat menarik dengan pemandangan yang pasti memukau sesiapa sahaja yang menghargai keindahan alam. (cewwah).Ok la, untuk sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang ladang cherry di Victoria, boleh la cari sumber yang berkaitan di carian goole. Skop tugas kami di Ladang Cherry kali ini adalah sebagai "pemetik buah"  ( huhu kenapa lain macam je bunyi dia..hoho) Tak kesah la kan..yang penting korang semua faham kan. hehe. Buah cherry nie kalo dah betul-betul masak akan bewarna merah gelap.saiz pula adalah mengikut kulaiti benih dan keadaan cuaca. Biasanya buah akan di petik pada musim panas ( November- January ).Untuk pengetahuan semua, jika taburan hujan terlalu banyak ( amboii ayat x bley bla.. haha )  maka buah cherry akan rosak dan seterusnya mengurangkan produktiviti cherry setempat. Dan ini yang berlaku sepanjang musim untuk tahun ini ( 2008 ). Untuk cara memetik adalah agak mudah, cuma bahagian yang sukar apabila terdapat banyak buah yang rosak dalam setiap pokok..fuh sakit hati untuk mengasingkan buah tersebut.

1. Ikat Bakul di pinggang
2. Guna sarung tangan untuk memetik buah cherry beserta dengan tangkai.
3. Apabila penuh pindahkan ke bakul putih yang disediakan.
4. Teruskan memetik sehingga kepenatan.
5. Jika terdapat dahan pokok yang tinggi maka gunakan tangga besi yang disediakan.
6. Di saat ini korang boleh feel makan buah atas pokok. Buah yang berada di dahan yang tinggi dan terdedah pada matahari akan lebih besar dan MANIS!!!
7. Bagi sesiapa yang rasa dh tak larat atau dah sampai target boleh baring di celahan pokok pokok cherry yang redup.
8. Kutipan harian akan di lakukan. Traktor akan kumpul jumlah timbangan bagi setiap pekerja.


Gaji kami diladang cherry dibayar mengikut timbangan yang mana aku rasakan ianya lebih praktikal oleh kerana tujuan utama kerja bukan lah untuk cari duit semata-mata..sebab bagi aku sendiri, aku lebih kepada untuk merasai pengalaman kerja dan betapa susahnya untuk mencari duit sebelum menempuh alam kerjaya. lagi pun sepanjang 3 tahun di melbourne, segala kos ditanggung oleh MARA ( terima kasih MARA ), jadi mungkin tidak ramai yang mensyukuri akan nikmat kesenangan ketika itu berbanding dengan pelajar yang tidak mendapat tajaan dari kerajaan. Pada hemat aku, mereka yang belajar menggunakan duit sendiri lebih berdikari dan lebih kenal erti 1 AUD berbanding pelajar tajaan. hanya sekadar pandangan peribadi. Disamping itu juga, aku yang sangat ghairah ( hermm korang x salah tafsir kan? ) dengan photography nie, tak melepaskan peluang untuk membawa segala kelengkapan camera untuk sesi photography sepanjang waktu kerja. hehe..kerja tetap kerja cuma selingan aktiviti sewaktu rehat je.

Rutin harian kami simple je, bangun pagi solat subuh kemudian bersiap dengan kelengakapan memetik cherry dan bergerak menuju keladang yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan. penginapan kami pun terletak dalam ladang juga. antara paling best, sewaktu berjalan menuruni bukit untuk ke pokok pokok chery, berjalan dicelah celah pokok cherry yang rendang sejuk je mata memandang berlatar belakangkan bukit bukau. SubhanaAllah sangat teruja. Sambil sambil itu ambil kesempatan jgak petik buah cherry..hari hari makan cherry. Manis, juicy seriously sedap tahap dewa. Sebelum nie sewaktu di malaysia aku hanya kenal cherry nie buah dalam tin yang x sedap super ( orang letak hiasan kuih semperit) dan yang paling kelakar buah cherry liar yang buat main tembak- tembak masa kecik-kecik dulu...haha..sure bodoh dan katak bawah tempurung betul..huhu. ( tolong jangan gelak akan kebodohan aku nie ye pembaca sekalian. )Tapi Ladang cherry ini telah memberi ilmu baru dan ternyata mengubah pandagan aku terhadap buat cerry nie.Take home message : Tak kenal maka tak Cinta, dah kenal terus teruja.
Pada waktu tengah hari, kami diberikan rehat sementara, ada kala rehat di ladang sahaja, jika rajin ada yang pulang ke tempat penginapan. Sekali lagi gatal je tangan nak petik buah untuk dimakan sepanjang perjalanan pergi, balik ke ladang. :) Kenyang cherry je sepanjang duduk kerja kat sana. Selesai solat zuhur, sambung semula kerja sehingga lewat petang. Setiap hari akan ada traktor yang akan collect hasil kutipan setiap pekerja untuk ditimbang dan dicatatkan untuk urusan pembayaran nanti. Selesai sahaja waktu kerja, terus pulang ke tempat penginapan untuk masak menu makan malam. huhu..biasanya kami buat schedule untuk urusan memasak. tp cool jgak santai2 petang sambil minum coffee dengan pemandangan ladang cherry yang terbentang luas. :) time nie jugak masa untuk sembang sembang kosong dengan rakan sekerja lain. disini juga ada beberapa pekerja lain ( backpackers ). antaranya ialah backpackers dari jerman. sangat friendly tapi dia nie perempuan. start dari situ aku mula teruja bila tengok perempuan secara berseorangan travel ke negara orang. huhu. respect dari segi kenyakinan diri mereka tue je. Disamping tue juga ada backpackers dari jepun yang datang setelah 2 minggu kami disana. tapi tak pernah sembang dengan couple jepun nie sebab mungkin mereka tak boleh berbahasa inggeris. Tapi ada kawan dari malaysia yang fasih berbahasa jepun bersembang dengan diorang pada malam pertama diorang sampai..aku tengak couple jepun tue nampak happy je bila ada orang sembang dengan dia dalam bahasa kebangsaan dia. Minah jerman tue dia pasang khemah sendiri, dia tak duduk dalam bilik penginapan. smart jgak location dia..bawah pokok besar.
ladang cherry

Pada waktu malam pula, kadangkala khidmat kami diperlukan untuk membantu sesi packing, boxing, antara faktor utama mengapa kami pelajar malaysia menjadi keutamaan untuk diambil sebagai pekerja kerana sikap rakyat malaysia yang ringan tulang. asal sahaja boss memerlukan production yang cepat maka kami sedia berkhidmat sehingga jam lewat tengah malam.maka tidak hairan lah kami diberikan bilik penginapan percuma sepanjang bekerja disana, sedangkan pekerja lain tidak diberikan penginapan oleh majikan. Pada waktu malam kami tak pasang generator untuk hidupkan elektrik bagi menghormati pekerja sekeliling. biasalah privacy nie merupakan aspek penting dalam budaya masyarakat di negara maju. Yang baik kita contohi yang kurang baik kita tak perlu la nak ikut. Kan kan?

Dan begitu lah rutin harian kami sepanjang 3 minggu disana. Alhamdulillah berjaya juga mengharungi musim panas di melbourne sebagai seroang pekerja ladang.Agak lumayan juga bayaran yang diterima. terutamanya bila convert unit mata wang AUD kepad MYR..hehe..for sure la kan. Tapi apa yang lebih penting banyak juga pengalaman baru yang diterima. pengajaran bagi mendidik diri agar lebih memahami erti sebenar kehidupan dan perjalanan hidup yang bakal ditempuhi apabila benar-benar berada di medan kerjaya nanti.Di saat hari terakhir kami disana, sempat juga borong beberapa kotak cherry untuk dibawa pulang ke bandar melbourne. Dulu semasa tahun ke2 pernah sekali membawa cherry sekotak balik ke malaysia, namun hampa sebab setibanya di malaysia cherry jadi kecut dan bertukar masam. mmg sangat down ketika itu.mungkin sebab panas sangat perut kapal terbang tue kot..ntah la..tp ternyata buah import di malaysia adalah berada pada kualiti yang rendah oleh kerana faktor perubahan suhu dan faktor tempoh penyimpanan. 

Di hari terakhir juga kami ucapkan selamat tinggal pada semua bos kami dan Natalie ( backpackers jerman ). Natalie agak sedih sebab dia cakap lepas nie dh tak de orang nak sembang sembang dengan dia waktu petang. tetiba teringat dia selalu tengok kitaorang masak masakan Asia, kari, gulai dll..dia cakap bau sedap tp bila offerr dia x nak makan pun. tp satu hari petang tue kami goreng sosej and then tabur blackpepper..then dia tanya pedas tak? then aku cakapla tak pedas..sbb aku tak letak cili pun..( aku define pedas ketika itu mengikut standard orang asia) kemudian dia makan la sosej tue..siap berair mata lagi.huhu..bila teringat peristiwa tue, aku rasa orang malaysia terutamanya mesti lidah dah rosak kan sebab pedas yang melampau..sampaikan lidah dah sensitive..hehe..dia cakap dia homesick dan setiap hari akan call parents dia kat german. ( tp dalam hati aku kenapa ko gatal sangat nak duduk negara luar lama2..hehe..dalam hati la ) Sempat ajak  dia datang Malaysia, dia cakap mmg dia plan nak turun south east asia. Sekarang dh lost contact sebab dulu hanya ada yahoo messenger dia je..tp sejak mutakhir ini setelah facebook mendominasi maka dh lama aku pun tak guna yahoo messenger.Dan kembalilah kami meneruskan kehidupan semula sebagai pelajar di bandar metropolitan melbourne.

summer in melbourne

Oh ye, hampir terlupa nak inform, bagi sesiapa yang memilih melbourne sebagai destinasi pelancongan, jangan lupa untuk merasai nikmat memetik buat chery di ladang sekitar Yarra Valley. Sebab ada beberapa ladang kecil yang menjadikan cherry picker ini sebagai produk pelancongan ( U-pick ). Petik > Timbang > Bayar...hehe..tp mengikut pengalaman biasanya ladang kecil ini kualiti (rasa & saiz) dia agak kurang sikit berbanding ladang2 besar yang bertujuan pemasaran secara komersial.

**ini adalah kisah 4 tahun yang lalu, aku pun teruja yang aku boleh ingat semula detik-detik sepanjang musim panas disana. Alhamdulillah gambar gambar simpanan dalam Hard Disk banyak membantu untuk "recall every single moment". betul la pepatah ada mengatakan sekeping gambar membawa seribu satu makna, biar gambar yang berbicara dan macam macam lagi pepatah yang berkait dengannya..hehe ( tapi 2 nie je yang aku tahu...hahaha )
Ikuti pengembaraan musim panas di " Sorento Beach " pada entri yang akan datang, Insya Allah.