Ahad, 15 November 2015

ENRICH PLATINUM MALAYSIA AIRLINES

Enrich Platinum Malaysia Airlines



Enrich platinum malaysia airlines merupakan status tertinggi di dalam sistem frequent flyer oleh malaysia airlines. Alhamdulillah segala kesungguhan dan pengorbanan selama ini berjaya menghasilkan kejayaan memperoleh status ini pada awal oktober yang lalu. Dengan ini maka lengkaplah koleksi kad enrich sepanjang zaman. :)

BAGAIMANA CARANYA?

Setiap ahli perlu memperoleh 100,000 elite miles atau melengkapkan 130 elite sector ( penerbangan ) dalam masa setahun mengikut tahun kalender. Untuk memahami dengan lebih baik, saya akan jelaskan dalam penerangan yang lebih mudah. Sebagai contoh, penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke London anda akan memperolehi lebih kurang 6500 elites miles ( dengan syarat anda membeli kelas penerbangan K/M kerana ia melayakkan anda untuk menerima elites miles sebanyak 100% daripada jumlah jarak penerbangan tertentu. Jadi bagi mendapatkan 100,000 elite miles maka memerlukan lebih 16 penerbangan sehala Kuala Lumpur - London dan sebaliknya. 

Itu jika anda memberi fokus kepada jumlah elites miles, Namun begitu anda juga boleh cuba untuk mencapai target dari aspek elites sectors ( atau dengan kata lain bilangan penerbangan sehala ) Jika dilihat pada kelayakkan untuk enrich platinum ini, ahli perlu melengkapkan 130 penerbangan sehala dalam masa setahun. Ini bermakna secara purata ahli perlu melakukan lebih kurang 11 penerbangan dalam masa sebulan ( bagi kelas ekonomi ) atau boleh melakukan penerbangan kelas perniagaan iaitu sebanyak separuh dari bilangan penerbangan kelas ekonomi 65 penerbangan dalam masa setahun ( 5 penerbangan dalam masa sebulan ). Ini kerana bagi setiap penerbangan ekonomi akan melayakkan ahli untuk menerima 1 elites sector, kelas perniaagaan dengan 2 elites sector dan kelas pertama dengan 3 elite sector.

Maka terpulang kepada setiap ahli bagaimana mengatur segala strategi untuk meminimumkan kos dalam masa sama mampu mencapai target yang ditetapkan dalam masa tempoh setahun. Gunakan lah kebijaksanaan masing masing dalam membuat perancangan. Andai mereka sering memperkatakan bahawa ianya hanya bagi mereka yang mempunyai perniaagaan dan sumber kewangan yang tinggi sahaja, maka anda silap. Ianya mampu dicapai oleh sesiapa sahaja dengan syarat dia mempunyai minat dan kenyakinan serta keazaman yang tinggi dalam bidang penerbangan ini. Jika anda pernah mendengar mengenai pengembara yang melakukan "flight marathon" maka itu adalah salah satu strategi dalam memastikan setiap ahli berjaya mendapatkan status tertinggi dalam sistem frequent flyer bagi setiap syarikat penerbangan.

APA KELEBIHANNYA?

Secara asasnya, sebagai seorang ahli enrich platinum, mereka mempunyai beberapa kelebihan yang membezakan dengan enrich gold sebagai contohnya. 

1. Akses ke Platinum Suite lounge Malaysia airlines di KLIA dan First Class lounge seluruh dunia. Lounge ini khas bagi pemegang kad enrich platinum ( Oneworld Emarald ) dan juga mereka yang memegang tiket penerbangan kelas pertama. Pemegang kad juga boleh membawa seorang tetamu bersama dengan syarat mereka daftar secara bersama dan juga pemegang tiket bagi mana mana syarikat penerbangan di bawah Oneworld alliance. Anda boleh akses secara percuma meskipun anda travel menggunakan kelas ekonomi. 

2. Kaunter daftar masuk khas ( First Class/Business Class counter) di KLIA dan juga di mana mana airport seluruh dunia. 

3. Percuma berat bagasi sebanyak 100% daripada tiket kelas penerbangan. Ini bermakna jika memegang tiket kelas perniagaan anda akan memperoleh sebanyak 40kg berat tambahan selain 40kg berat bagasi sedia ada. ( total sebanyak 80kg). 

4. Pengurusan bagasi diutamakan dengan tag bagasi First Class priority. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu lama bagi proses tuntutan bagasi di airport. Walaubagaimana ianya sekadar polisi, sejauh mana pelaksanaan ianya berbeza bagi setiap airport.

5. Bagi mereka yang sudah berumahtangga maka boleh memberikan kad keahlian platinum percuma kepada isteri. 

6. Enrich platinum assistance program. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke laman sesawang malaysia airlines. 

7. Memperoleh sebanyak 30% bonus miles bagi setiap perjalanan penerbangan. Namun harus di ingat, bonus miles ini tidak menyumbang kepada elite miles. Dengan kata lain tidak diambil kira bagi dalam menentukan kelayakkan keahlian enrich.

8. Setiap enrich miles yang diperoleh sepanjang keahlian enrich platinum tidak akan ada tarikh tamat tempo. Berbanding dengan keahlian enrich yang lain, enrich miles mempunyai tarikh tamat tempoh selama 3 tahun dari tarikh penerimaan enrich miles tersebut. 

9. Fast track bagi airport security bagi sesetengah airport terpilih. Boleh rujuk laman sesawang Onewolrd untuk maklumat lanjut.

KESIMPULAN

Enrich platinum semestinya memberikan satu pengalaman penerbangan baru bagi setiap ahli. Namun begitu bagi mereka yang masih baru dalam sistem enrich, target pertama adalah enrich gold. Ini kerana keahlian enrich gold sebenarnya sudah cukup memadai bagi menikmati keselesaan dalam pengalaman penerbangan terutamanya sebelum penerbangan. Dan apa yang lebih pasti kelayakkan untuk mendapatkan & mengekalkan keahlian ini lebih mampu milik berbanding enrich platinum. 





Nantikan entri seterusnya berkenaan bagaimana keahlian enrich platinum ini boleh melayakkan anda mendapatkan status tertinggi bagi syarikat penerbangan lain dengan PERCUMA. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan