Jumaat, 9 Ogos 2019

MUSIM LURUH DI JEPUN : KEMBARA TOKYO

                                   
                             

Jepun merupakan salah satu negara yang berjaya di lawati bagi kesemua empat2 musim selain Australia dan juga United Kingdom. Bagi saya, setiap musim memberikan suasana berbeza bagi setiap destinasi. Seandainya berpeluang untuk bercuti ke Jepun, saya cadangkan untuk cuba menikmati keindahan musim luruh di sana.

Pengembaraan selama 5 hari di tokyo adalah sebahagian dari perjalanan ke eropah. Tujuan asal adalah untuk melakukan pengembaraan di bumi Sepanyol. Pada yang mengenali, rata-rata pengembaraan saya akan melibatkan persinggahan di beberapa benua, dan jepun merupakan salah satu "starting point" untuk memulakan pengembaraan.







Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa?

Untuk pengetahuan umum, dalam tempoh 2-3 tahun lepas, pola harga perlepasan bermula dari beberapa buah negara adalah sangat murah berbanding perlepasan dari Kuala Lumpur sendiri. Sebagai contoh harga yang saya berjaya dapatkan bagi perjalanan NRT - DOHA - MAD - DOHA - SIN adalah hanya RM1400 sahaja. Semestinya ianya menjadi pilihan saya dengan harga yang begitu murah.

Namun begitu, saya harus membuat pembelian tiket sehala ke Jepun terlebih dahulu ( KUL-NRT). Disebabkan saya ahli enrich yang sering mengumpul enrich miles, maka saya pada kebiasaannya memanfaatkan redemption tiket dengan mengguna enrich miles. Jadi saya hanya perlu membayar tax iaitu kurang dari RM100 untuk ke Jepun. Jadi Kos terkini RM1400 +RM100 = RM1500.

Bagaimana dengan perjalanan pulang dari SIN-KUL?
Konsep sama boleh digunakan, ataupun anda boleh "overland" memasuki johor dan seterusnya membeli penerbangan domestik JHB-KUL atau mana2 destinasi domestik anda yang mana harga tiket domestik nyata lebih murah berbanding tiket penerbangan dari Changi Airport. Opsyen lain anda boleh menaiki bas secara dari Singapura atau keretapi dari JB sentral.

Terpulang kepada perancangan anda.





Menariknya pada kembara musim luruh ini, ketibaan saya disambut oleh salju yang berterbangan menghiasi ruang udara tokyo. Jadi beruntungnya kerana dapat merasai 2 musim dalam hari yang sama. Ia juga menjadi tajuk2 akhbar utama di Jepun dengan kelainan musim pada tahun tersebut.

Jika anda ingin merasai keindahan musim luruh di Jepun, terdapat banyak taman2 menarik disekitar kota metropolotan Tokyo. Pepohon Ginko yang berwarna kuning keemasan atau pun kemerahan daun maple, serta warna autumn turut menghiasi landskap muka bumi tokyo dan kawasan sikitarnya.

Saya sarankan untuk ke Showa Memorial Park yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan mengunakan keretapi. Tiket bayaran 450 yen dikenakan bagi setiap pengunjung. Selain musim luruh, disini juga meriah ketika musim bunga dimana bunga sakura berkembang mekar. Bagi pencinta alam, semestinya kunjungan ini memberikan satu kelainan pengalaman sepanjang pengembaraan.

"Autumn shows us how beautiful it is to let things go"



Benarlah, keindahan bukan sahaja hadir dalam bentuk kemekaran bunga semata-mata, jika diperhati, saat gugurnya helaian daun, serta himpunan dedaunan yang berubah warna cukup indah sekurang-kurang pada mata saya. Sungguh, andai keindahan dan kebesaran kuasa ciptaan tuhan yang kita cari, pasti kita akan jumpa.

Its time to move on..















Tiada ulasan:

Catat Ulasan