Selasa, 25 Februari 2014

KEMBARA MALDIVES

Banyak sangat entri2 yang tertunggak..huhu. Entri Sarawak Borneo pun masih panjang lagi. Belum lagi jelajah Bali, Indonesia, Koh Lipe, Thailand dan juga Maldives!! ye saya Maldives!! tapi kembara Maldives ini merupakan kembara budget iaitu kurang dari RM4,500 untuk 8 Hari 7 Malam. All inclusive okay. dan yang paling penting ianya dibawakan khas oleh Malaysia Airlines ( hahaha..seiously Allergic dengan Airasia ) 
Malaysia airlines dihatiku konsepppnya.

Masa memang belum mengizinkan untuk menulis karangan panjang epilog pengembaraan yang telah dilalui..tapi insyaAllah akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca yang sudi singgah di blog ini. Kurang lebih 5 hari lagi akan mengembara ke Tanah Besar China pula untuk tempoh 10 hari. nampak gaya lagi bertimbun la entri2 tertunggak nie..haha.

Apa-apa pun layan je la gambar sandbank di Maldives nie. Seriously memang sangat teruja dengan keindahan alam yang terbentang nie. Seharian berjemur dan snorkelling di sini memang menakjubkan!! ( namun terbakar habis kulit...haha ) tapi dah namanya percutian pulau..semestinya itu lah harga yang harus kita bayar...haha.