Seperti agak familiar dengan nama MHholiday bukan? Ya MHholiday kini kembali mewarnai industri pelancongan tanah air. Dulu nama MHholiday bukanlah asing dikalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.
Dengan reputasi dahulu sebagai antara pengendali penerbangan terbaik dunia, sememangnya anak syarikat Malaysia airlines ini menjadi pilihan serta buah mulut yang sering diperkatakan.
Setelah beberapa tragedi yang menimpa nasib Malaysia airlines sejak 2014, kini Malaysia airlines kini kembali memperkenalkan jenama MHholiday. Diperkenalkan sejak 2 bulan yang lalu ternyata banyak promosi menarik yang disediakan bagi mengembalikan kenyakinan pelancong untuk terus bersama dengan syarikat penerbangan ini.
Ikuti pengalaman peribadi admin dalam proses tempahan bersama MHholiday ke Bangkok pada Julai lalu.
Admin berjaya mendapatkan promosi serendah 80% diskaun untuk pakej penerbangan serta hotel. Jadi untuk ke Bangkok, kos pakej yang berjaya dibeli adalah serendah RM300 seorang bagi pakej hotel 3 bintang dengan tempoh masa 3D2N.
Disebabkan 3D2N terasa begitu singkat, maka admin membuat keputusan untuk memilih pakej 4D3N dengan harga RM350 sahaja!!. Ya RM350 sahaja. ( Tiket Penerbangan Malaysia airlines bersama Hotel Pilihan ) Murah bukan?
Urusan pembelian adalah sepertimana pembelian biasa melalui website malaysia airlines sebelum ini. Details pelawat perlu diisi dan pembayaran dibuat seperti biasa. Kemudian anda akan diberikan email pengesahan yang mengandungi maklumat tentang pakej yang telah di tempah termasuk No tempahan pesawat dan No tempahan hotel.
Sekiranya anda ingin membuat sebarang cancellation mahupun pertukaran tarikh atau sebarang pembetulan, jangan khuatir anda hanya perlu membuat panggilan ke no hotline yang disediakan. Ingat!! Anda perlu berurusan dengan pihak MHholiday bukan dengan pihak Malaysia Airlines. Meskipun urusan pertukaran tiket pesawat!!
Kaedah ini tergunapakai seperti anda berurusan dengan mana-mana syarikat travel lain.
Tiada sebarang masalah semasa urusan daftar masuk pesawat dan juga daftar masuk hotel. Anda hanya perlu tunjukkan no tempahan ( melalui smartphone atau salinan tempahan ). Semudah ABC.
Bagi pemegang ahli kad enrich, jangan lepaskan peluang untuk anda mengutip nilai mata enrich untuk penerbangan anda. Bergantung kepada jenis kelas travel, anda boleh mendapatkan 25% -150% enrich miles bagi perjalanan anda.
Lawati website Malaysia Airlines dan MHholiday sekarang untuk banyak lagi pakej-pakej menarik yang sedang dan akan ditawarkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan