Koleksi gambar sepanjang pengembaraan dengan menggunakan smartphone pertama dalam sejarah hidup dibeli ketika 2010. RIP Iphone4. Banyak betul jasa iphone4 ini dalam merakamkan detik-detik pengembaraan merentas dunia. Meskipun pada ketika itu DSLR D90 kerap juga dibawa bersama, namun atas faktor saiz serta faktor keselamatan ketika berada di perantauan, maka iphone4 lah menjadi pilihan untuk merakam segalanya dengan lebih cepat dan pantas.
Namun ada kalanya, memang iphone4 ini sahaja yang dibawa ketika mengembara. Adakala kombinasi dengan gopro menjadi pilihan. Jika dilihat semula hasil dari lensa iphone ini, ternyata jujur saya katakan lebih banyak "moment" yang kadangkala tidak dirakam menggunakan DSLR.
Jadi saya ingin kongsikan sedikit tips berkenaan bagaimana untuk memaksimumkan kualiti gambar dari lensa smartphone anda.
1. Pegang phone anda dengan kemas bagi mengelakkan sebarang gegaran.
2. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan smartphone milik anda. Maksimumkan potensi setiap jenis smartphone anda.
3. Cuci lense kamera smartphone anda. Lap dengan kain bagi mengelakkan kekotoran.
4. Ambil gambar secara portrait dan landskap bagi setiap suasana atau subjek.
5. Jika anda kurang mahir bab komposisi gambar jangan khuatir, cropping teknik boleh dilakukan kemudian.
6. Ambil semaksimum gambar yang mungkin seandainya anda pergi ke tempat yang tak mungkin anda ulang ziarah kembali. Suasana, moment, info dan sebagainya.
7. Dapatkan inspirasi contoh-contoh sudut-sudut serta komposisi menarik melalui # instagram mahupun google dan juga flickr.
8. Praktis dan terus Praktis.
Seandainya gambar yang anda abadikan tidak blur dan jelas sebenarnya ia sudah cukup baik. Untuk lebih menambahkan ketajaman gambar, mood gambar, komposisi dan lain-lain, semuanya boleh dilakukan dengan sedikit ilmu asas menggunakan Lightroom.
Namun begitu, bergantung kepada tahap kualiti gambar asal ( raw picture ) yang dihasilkan,akan menentukan selama mana tempoh masa dan sebanyak mana penambahbaikan yang perlu dilakukan. Tapi jangan risau, percayalah masa pasti mengubah segalanya, Asalkan ada usaha untuk kita memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan yang ada.
Dizaman teknologi alam maya kini, semua ilmu dapat dipelajari dengan mudah tanpa sempadan. Malah ianya hanya memerlukan usaha dan masa tanpa perlu melibatkan kos. Jujur saya tidak pernah sekalipun menghadiri kelas secara formal berkenaan photography, semuanya belajar dari sumber-sumber online dan juga kesilapan serta pengalaman. Bukan menidakkan keperluan menuntut ilmu dengan menghadiri kelas, cumanya saya bukan bergiat secara profesional dalam bidang ini. Maka atas dasar itu, sumber pembelajaran atas talian secara percuma lebih sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan