Isnin, 5 Ogos 2019

E VISA & CUKAI PELANCONGAN NEW ZEALAND TERKINI!!

Ha bukan malaysia je nak kutip cukai levi perlepasan tau , difahamkan juga New Zealand turut mengambil langkah yang hampir sama dengan mengenakan Cukai Pelancongan ( IVL ) bagi kesemua pelancong yang berhasrat untuk melawat negara yang terkenal dengan keindahan alam dan gunung ganang. Saya kongsikan sedikit info untuk mereka yang bercadang untuk ke New Zealand :


New Zealand eVisa ( NZeTA)

Berkuatkuasa 1 Oktober 2019, semua pelawat dari negara2 yang dikecualikan visa sebelum ini termasuk Malaysia diwajibkan untuk memohon NZeTA ( eVISA) secara online sebelum memasuki negara tersebut. 

eVISA ini boleh dibuat melalui online ( mobile & browser ) dengan bayaran sebanyak NZD 9 & NZD 12.

Difahamkan sahlaku eVISA ini sehingga 2 tahun dari tarikh permohonan dengan pelawat dibenarkan keluar masuk ke New Zealand tanpa had. Agak menarik berbanding Australia ETA hanya setahun sahaja.




Cukai Pelancongan International Visitor Conservation and Tourism Levy (IVL)


Bukan itu sahaja, semua pelawat juga perlu membayar cukai terbaru yang dikenakan oleh kerajaan New Zealand berkuatkuasa 1 Julai 2019. Cukai berjumlah NZD35/person yang dikenali sebagai International Visitor Conservation and Tourism Levy (IVL) ini perlu dibayar seiring dengan permohonan NZeTA. Ha Tepuk!!


Ini bermakna untuk ke New Zealand anda perlu membayar lebih kurang RM120 berbanding RM0 sebelum ini. Tepuk dada tanya selera. Nampak gaya dengan kelembapan ekonomi masa kini membuatkan semua negara mengambil inisiatif untuk mendapatkan pendapatan negara melalui industri pelancongan. Bila fikir2 kan kembali cukai levi perlepasan Malaysia, terbit rasa syukur secara tiba2 #eh #larikkkkkkk

Maklumat lanjut klik pautan dibawah untuk korang hadamkan lebih lanjut mengenai polisi terbaru dari kerajaan New Zealand ini.

More info NZeTA

Apply your NZeTA here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan