Ahad, 11 Ogos 2019

KEMBARA DUBAI : DESTINASI MODEN DI TIMUR TENGAH

Dubai, destinasi moden di tengah padang pasir

Dubai bukanlah ibu negara UAE, namun ianya lebih dikenali bahkan sering menjadi tumpuan pelancong berbanding Abu Dhabi. Kepesatan pembangunan di kota ini jelas terpapar dengan berdiri megahnya menara burj khalifa iaitu bangunan tertinggi didunia serta bangunan2 hebat yang menghiasi landskap kota padang pasir ini. Tidak kurang juga jaringan pengangkutan yang efisen dikenali sebagai Dubai Metro. 




Dubai adalah antara kota yang kerap saya kunjungi sewaktu Malaysia Airlines membuat penerbangan kesana. Malah ini adalah antara route Flight Marathon yang membantu saya untuk mendapatkan Enrich Platinum bersama Malaysia Airlines. Cuma ketika itu Malaysia Airlines beroperasi di T1 dimana Kondisi Airport agak sedikit terkebelakang berbanding terminal khas Emirates & Qantas T3


Akses Airport yang mudah dengan Dubai metro mempunyai akses secara terus ke Airport. Jadi sesiapa yang mempunyai transit hour yang agak panjang maka anda boleh la untuk meluangkan masa untuk ke bandar. Lebih lebih lagi rakyat malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke UAE. Mudah bukan.



Jika anda berpeluang kesini, jangan lepaskan peluang untuk naik ke bangunan tertinggi dunia ini. Harga tiket lebih kurang serendah AED125 (RM150) bagi akses level 124+125 bagi waktu bukan peak hour ( selain waktu sunset ). Manakala untuk pengalaman yang lebih eksklusif anda boleh cuba akses ke SKY lounge di level 148 dengan bayaran AED500. ( RM600) sambil menikmat minuman dan makanan ringan. 



Untuk kesini, mudah sahaja dengan metro station khas disediakan iaitu Dubai mall/Burj Khalifa station. Andai waktu lawatan pada suhu yang terik, jangan khuatir kerana laluan tertutup berhawa dingin dari metro station ke Dubai Mall disediakan iaitu lebih kurang 800m!! 



Burj Khalifah ini juga terletak berdekatan dengan Dubai Mall ( antara shopping Mall terbesar dunia ) serta souk Al Bahar. Jadi seharian disini adalah masa terbaik untuk menghabiskan masa anda. Cuma kos makanan di sini agak Mahal meskipun anda makan di food court Dubai Mall. Dengan anggaran AED50 (RM60) bagi setiap hidangan.





Terkesima dengan surau didalam Dubai Mall dimana anda akan dengar laungan azan di dalam Mall serta keadaan surau yang sangat mantap. Tidak dinafikan Dubai antara kota moden sebuah negara islam, cuma satu je kadang2 abang agak confuse sebenarnya abang berada di Dubai atau di Filipina #eh haha.. 😅😅 siapa yang boleh relate mohon komen dibawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan