Ahad, 20 Oktober 2019

PERJALANAN KE AMASYA : KEMBARA TURKI

AMASYA: Menyingkap senibina rumah klasik di zaman Empayar Uthmaniyyah.

Kali ini nak bawa korang semua kita pergi ke sebuah bandar di utara turkey ( menuju ke sebelah timur dari kota istanbul). Kalau naik bas lebih kurang 10 jam perjalanan dari Istanbul. 

Malas nak tulis panjang2 drama segala. Sepanjang 2 malam disana, tidak banyak yang sempat dilakukan, tetapi apa yang pasti suasana di amasya ini sangat tenang dengan aliran sungai berserta bukit dan senibina rumah dizaman uthmaniyyah ini menghiasi landskapnya. 



turkish breakfast

Secara peribadi saya sukakan suasana sebegini, lebih2 lagi dengan wajah PAN ASIA ini pasti anda akan dipandang eksotik sepanjang keberadaan disana.  Barangkali mungkin sangat kurang pelancong asing ke kawasan ini berbanding bandar2 lain. Tapi seperti biasa, wakil tourism teruja mendengar rakyat malaysia datang kesini. Bangga seketika!!


Kawasan Amasya ini terkenal juga dengan buah Epal variasi tempatan yang mana dikatakan tanah dan lokasinya amat sesuai bagi penanaman buah epal. Jadi jika anda berkunjung kesana jangan lepaskan peluang untuk merasai buah Epal disana. Sebab teruja nak rasa bell jugak kat pakcik jual tepi jalan. Mula2 nak beli 2-3 biji je..tapi baru aku sedar yang aku bukan ada darah turkey yang boleh berbahasa turkey. Maka lantaknya pakcik tue bagi satu beg plastik dekat berbelas biji kot!! Tapi harga sangat murah la..tak ingat berapa..maka lengkap la nutrient aku sepanjang hampir berbaki 2 minggu disana.

Mesti korang tak tahu bahawa Turkey merupakan pengeluar buah Epal ke 3 terbesar didunia selepas China dan US. Dan Amasya menghasilkan lebih kurang 10% pengeluaran Epal Turkey secara total.

Pengalaman duduk guesthouse ottoman house memang superb sebab suasana rasa macam best sgt!! plus aku sorang je yg stay kt situ..mamat yg jaga guesthouse tue senyum memanjang sebab satu2 nya cara kami berkomunikasi ialah dengan bahasa isyarat. Fefeeling sangat breakfast di pension house dengan senibina ottoman nie..seolah-olah berada di zaman lalu. 



Nak view lebih menarik, korang boleh naik bukit tue..diatas sana ada sebuah cafe dengan pemandangan bandar Amasya dari sudut atas. Boleh jalan kaki sahaja untuk kesini. Tapi kalau korang nak naik puncak ( castle ) kakak tourism mencadangkan supaya naik teksi sebab jauh katenya..

Pada sebelah malam akan ada lampu2 LED mewarnai sepanjang sungai serta bukit tersebut. Cantik dan menarik.


ottoman village


Sebenarnya mungkin banyak lagi "hidden gem" di kota Amasya ini yang aku sendiri tak tahu. Andai korang berkesempatan untuk kesini jangan lupa kongsikan pengalaman korang nanti OK. 
— at Amasya Sehir Merkezi.