BAHAGIAN 1
Kali ini nak bawa pembaca jauh sikit dari destinasi benua asia. Jika kebiasaannya jarak perjalanan pengembaraan kurang lebih 7 jam, berbeza dengan perjalanan ke benua eropah yang secara purata mengambil masa 15 jam.
Sudah pasti pilihan penerbangan adalah dengan penerbangan malaysia airlines secara terus menuju ke kota london terlebih dahulu. Persinggahan di kota london merupakan antara aktivit transit wajib sebelum meneruskan perlajanan menjelajah destinasi eropah lain. Ini kerana london merupakan satu-satunya destinasi eropah yang dilakukan oleh malaysia airlines selepas mengambil keputusan memberhentikan destinasi-destinasi seperti Paris, Amsterdam dan Istanbul.
Kemudian, dari kota london anda mempunyai banyak pilihan penerbangan mahupun perkhidmatan bas express serta keretapi untuk menuju ke destinasi eropah lain. Bagi perjalanan ke Helsinki iaitu ibu kota Finland, saya berjaya mendapatkan harga menarik yang ditawarkan oleh pihak penerbangan British Airways yang merupakan sayrikat pernerbangan negara United Kingdom serta ahli "Oneworld alliance"seperti Malaysia Airlines.
Jadi sudah pasti, segala kelebihan saya sebagai ahli enrich gold ketika itu dapat saya gunakan semaksimum mungkin dalam urusan daftar masuk, akses percuma ke lounge serta priority boarding dan lain-lain. Jika berkesempatan nanti saya kongsikan beberapa pengalaman menjengah ke beberapa airport diserata dunia.
Perjalanan yang bermula di Helsinki kemudian diteruskan dengan objektif perjalanan sebenar iaitu menghabiskan masa 5D4N di sebuah perkampungan di Akaslompolo yang terletak utara Finland. Untuk kesini saya perlu samada menaiki pesawat mahupun keretapi dengan jarak dari ibu kota Finland lebih kurang 1000 km. Oleh kerana opsyen penerbangan lebih praktikal ketika itu, saya menaiki pesawat Norwegian airlines dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke Kittila Airport.
Dengan suasana salju menutupi hampir keseluruhan bentuk muka bumi Finland, ianya sesuatu pemandangan yang unik dari udara tatkala pesawat melakukan penerbangan naik dan turun. Setibanya dia Kittila airport saya sedikit diuji apabila ingin berjumpa dengan pemandu airport transfer yang telah saya tempah awal sebelum bergerak ke Eropah. Drama merupakan asam garam dalam sesebuah pengembaraan.
Manakan tidak, dengan keadaan salju yang tebal, tiada no pendafataran kenderaan yang diberikan, ditambah pulan tanpa talian telefon untuk menghubungi pihak mereka, nyata ia bukan la sesuatu yang mudah lebih2 lagi ketika berada dinegara asing. Sepatutnya pihak airport trannsfer akan menunggu di ruang ketibaan dengan membawa tag nama saya, namun ketika sampai tidak ada seorang pun menyambut ketibaan saya.
Untuk makluman, jarak dari Kittila airport menuju ke Akaslompolo mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jadi saya bercadang untuk tunggu seketika dengan mengambil kira barangkali pemandu akan terlewat tiba mungkin atas faktor cuaca dan jarak yang jauh. Setelah 30 min berlalu, tinggalkan saya sebatang kara termundar mandir keluar masuk airport bg mencari siapakah gerangan pemandu yang akan memperkenal diri. Mujur meskipun terletak di utara findal dengan kawasan agak terpencil, nyata fasiliti di airport ini sungguh baik dengan senibina yang agak moden dan juga wifi dengan kelajuan yang pantas disediakan. Sekurang-kurangnya ia membantu untuk saya berhubung seandainya pemandu masih tidak tiba.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZszysxFQi2udvKcVs6P3qsTrZ-O62nbfHzL5gqONiiYVhk8zoxNtSfbRAWruVUFIoCBa5x5kkZNFRLnl224wWPMbNg9XJJSq_jtG8_tE9ntUnEcIJVFLoVPLyGiAFgkU3Ol_n2LYRyE4/s640/DSC_0175.jpg)
Akhirnya saya tekad untuk keluar dan terus menuju ke sebuah van yang kelihatan parking di depan kawasan ketibaan airport. Saya menyakinkan diri dengan mengetuk tingkap dibahagian pemandu, dengan harapan telahan saya benar. Alhamdulillah, itu lah pemandu airport transfer yang telah saya tempah sebelum ini. Ketika itu dia sedang sibuk mencari nama dengan merujuk kepada beberapa helian kertas. Ketika di tanya, pemandu tersebut menyatakan dia agak kelewatan dan merupakan pemandu gantian pada hari tersebut, jadi agak sedikit kelam kabut.
Pada waktu itu, saya tidak begitu concern dengan alasan yang diberikan, asalkan saya dapat menuju ke destinasi penginapan dengan selamat pada hari tersebut lebih2 lagi suhu membeku diluar, hari semakin lewat serta yang paling penting mengelakkan dari mengeluarkan bayaran teksi tambahan lebih kurang 100 euro dengan jarak 60km berbanding 40 euro.
Selamat tiba ti Akaslompolo dimana saya menginap di sebuah Pinewood Kabin lengkap dengan 1 bilik tidur, ruang tamu dengan set sofa, Dapur dengan kelengkapan oven, microwave peti sejuk dan lain2. Dan yang paling mengujakan dalam pengembaraan kali ini adalah fasiliti sauna di dalam kabin!! Bayangkan kenikmatan sauna dikala musim salji.
Nantikan entri berikutnya untuk saya kongsikan lebih lanjut pengalaman disini serta bagaimana saya berjaya melihat aurora borealis dari kabin.