Isnin, 5 November 2012

SARAWAK BORNEO 2

Day 2 - Miri Part 1

Selepas selesai proses daftar masuk, kami terus masuk ke balai berlepas. saje masuk awal untuk snap beberapa gambar di kawasan sekitar disamping menikmati sunrise di balai berlepas. Penerbangan ke Miri akan mengambil masa selama 2 jam dengan pesawat MH 2592 Boeing 737-800. Seat kami 16F dan 16E. aku duduk seat tengah. naik je flight mata aku dah start kuyu, mana tak nya sepanjang malam tak tidur.huhu..sejurus selepas take off aku pun melelapkan mata..sedar-sedar je time pramugari nak saji kan makanan. timing memang cantik sebab kitaorang pun belum breakfast lagi. plan asalnya memang nak melantak dalam flight.hehe menu ada 2 pilihan : Nasi lemak (tipikal malaysian food) dan Chicken Noodles. disebabkan aku nie tipikal malaysian ( untuk bab makan ) maka nasi lemak menjadi pilihan. jus oren menjadi pilihan untuk minuman. 
Sunrise at KLIA. Airasia flight ready for take off.
Our Boeing 737-800 flight MH2592 from Kuala Lumpur - Miri ( Taken using iphone: Instagram )


tak lama kemudian kapten membuat pengunguman untuk mendarat di lapangan terbang MIRI. Terima kasih kepada kapten atas landing yang sangat "smooth" ( baca sambil tangan dibahu dan mata keatas!!) seriously the worst landing ever..adakah mungkin sebab domestic flight..mungkin kurang pengalaman gamoknya. ate bergegor2 habis semuanya.huhu tp Alhamdulillah selamat mendarat di lapangan terbang MIRI lebih kurang jam 10.45 pagi.

terus menuju ke pemeriksaan kastam. setibanya di kaunter kastam kita akan diberikan sehelai kertas menyatakan tempoh kedatangan kita ke sarawak. jika tak silap macam valid selama 30 hari. aku pun tak pasti kenapa perlu diberi kertas tue meskipun kita dari malaysia juga. Bagi aku sarawak nie macam ada sedikit identiti eksklusif. maksud aku ada beberapa hak keistimewaan untuk penduduk pribumi. aku pun tak berapa faham..barangkali kena belajar sejarah lebih kot. tue la akibat masa study dulu banyak main..sekarang terpinga2..hehe. sebenarnya tak habis baca pun slip yang diberi tue. terus aku simpan dalam dompet. sebab sudah menjadi tabiat aku untuk simpan segala benda kertas dalam dompet aku..sampai satu tahap kertas lebih banyak dari duit yang ada dalam dompet. ( dalam dompet je tp kat bank banyak duit...haha..agak bongkak disitu) tak pe, ada cerita menarik pasal slip kertas ini.insyaAllah akan aku ceritakan bila tiba masanya nanti. Ok berbalik kepada proses kastam, sejurus selepas selesai masing2 menuju ke tempat tuntutan bagasi. Mak Aih bukan main lama kot aku tunggu luggage aku..hampir setengah jam!! huhu..seriously geram giler sebab tak muncul2 jgak luggage..asyik keluar luggage orang lain je..akhirnya luggage aku antara yang terakhir keluar..terpaksa akur jgak akhirnya. mula2 agak cuak sebab kalo luggage hilang pastinya gila meroyan aku dibuatnya..tp dari satu sudut macam best jgak sebab boleh jadi plot cerita menarik untuk aku coretkan dalam blog nie..( haha..dah la bag deuter baru..nak mampos ) disebabkan kami orang terakhir yang keluar dari kawasan tuntutan bagasi maka pak cik kastam yang scan luggage pun dh tak de..mungkin dia pun bosan tunggu lama sangat..hehe. Maka pengembaraan pun bermula..

kami terus ke bangku rehat berhampiran dengan rest and go. aku letak beg dan terus ke kaunter informasi untuk bertanyakan kat mana tempat untuk mendapatkan bas ke bandar Miri. Member aku menggunakan perkhidmatan kerusi urut penat katanya..aku pun tak tahu apa yang penatnya sebab ikutkan semalam dia tidur lagi lama kot..haha..tak pe aku layan jer..Makcik kaunter informasi pun inform aku yang bus boleh ambil depan airport. Keluar je dari pintu balai ketibaan lintas jalan ( bukan jalan besar tp just jalan dalam compound airport tempat drop dan pick up orang ) kemudian korang akan nampak satu papan tanda BUS STATION. so boleh lah tunggu bas di situ. disebab kan timing kitaorang nie mantap, bas pun tiba dalam jam 11.30 pagi. kami terus menaiki bas dan pastikan destinasi dengan pemandu bas untuk ke Stesen Bas Miri. Nombor Bas adalah 22+28. Kalau tak pasti naik je apa2 bus yang berhenti kat situ sebab memang ada satu bas je untuk route Miri Airport ke Stesen Bas Miri. Frekuensi Bas lebih kurang 2 jam setiap satu. ada jadual bas bagi sesiapa yang berminat boleh tinggalkan komen. sebab aku malas nak geledah email untuk check details ketika ini. hehe.

left: Miri Airport  Right: Bus Stop Signage in front of Arrival Hall.
 sebenarnya perjalanan dari Miri Airport ke GuestHouse telah aku study pun dengan jayanya cuma biaslah aku nie agak terancang sikit untuk memastikan segala perjalanan lancar. Mrs Lee pemilik guesthouse memang sangat membantu dalam memberikan direction untuk sampai ke guesthouse. Mudah dan tepat dan lengkap. perjalanan ke stesen bas Miri mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. Tambang hanya RM 2.60 sehala. Owh sebelum terlupa malam tadi Mrs Lee ada hantar email menyatakan bahawa kalo perlukan airport pick up, boleh inform dia, dia hanya charge RM 20.00 per taxi. menurut Mrs Lee harga taxi adalah RM 22.00 untuk sampai terus ke guesthouse. tp disebabkan kami perlukan adventure, jadi kami decide untuk menaiki bas seperti perancangan awal.

Fully Air conditioned Bus. Bus no 22+28 from Miri Airport to Miri City Bus Station.
 Kami tiba di stesen bas Miri dan terus menuju ke visitor information centre untuk mendapatkan maklumat mengenai bandar Miri. paling utama sekali nak dapatkan MAP dan direction untuk menuju ke Dellenia Guesthouse. Ada couple mat saleh dalam bilik time kitaorang masuk, selepas itu kami diberikan penerangan mengenai soalan2 kitaorg mengenai Bandar Miri dan direction ke Dellenia. sebenarnya ada je bas untuk kesana tp macam agak complicated sikit. jadi kami terus decide untuk jalan kaki lebih kurang 20 minit jika jalan laju. bukan jalan lenggang mak limah tau!! dengan kepanasan yang membahang ketika itu aku gagahkan jgak diri ini untuk sampai ke guesthouse. hoho..( contoh #2 : backpacking) haha..

sewaktu berjalan menuju ke guesthouse, aku rasa ralat sangat sebab asyik diperhatikan oleh penduduk sekitar bandar MIRI. dalam hati aku, apahal diorang nie, tak pernah tengok artis ke?? haha..ke tak pernah tengok orang semenanjung bawa backpacks ala2 tourist?? hihi..apa-apa pun aku buat bodoh je sambil jalan dengan confident. Tak lama kemudian (selepas basah lenjun yang pastinya) kami pun sampai ke Dellenia guesthouse. Masa tue jam baru pukul 12.40 tengah hari lebih kurang dan kami hanya boleh check in pada jam 1.00 petang, lagi pun Mrs Lee hanya datang ke guesthouse pada jam 1.00 ptg jgak. Jadi kami ada masa lebih kurang 20 minit sebelum check in. Sebaik tiba di depan pintu guesthouse, kami terserempak dengan sekumpulan pelancong yang turut mendiami guesthouse tersebut. Disebabkan sifat peramah, maka kami menghulurkan senyuman lantas bermula lah sesi perkenalan dan sembang2. rupa-rupanya mereka datang dari Kuala Lumpur. Mereka sudah berada di Miri selama 5 hari dah. Mereka akan pulang ke semenanjung petang nanti dan sedang bersiap sedia untuk ke Airport. Uncle tersebut sempat memberi review yang superb mengenai guesthouse disamping memberikan tips mengenai bandar miri. :) wargh tak sia2 bermanis muka. kita pun tak akan expect barangkali hanya dengan senyuman dapat memudahkan segala perjalanan kita. hehe. Teksi untuk menghantar mereka ke Airport pun sudah bersiap sedia, jadi kami mengucapkan selamat tinggal kepada uncle dan keluarganya. maka tinggal lah kami sementara menunggu kedatangan Mrs Lee.

perut dah mula meronta2, rasa lapar super..jadi kami ambil keputusan untuk mencuba makanan pertama kami di bumi Sarawak. Ada sebuah restoran Cina yang halal di bawah guesthouse kami, disamping tue ada jgak sebuah restoran berkonsepkan bar dan pub. jadi kami pergi yang Halal la kan? kan? kan? ish3x hihi..restoran dia berhawa dingin, pergh memang sejuk dan sesuai la dengan kondisi kami ketika itu, nikmat yang tak terhingga. pada mulanya rasa macam sangsi jgak betul ke halal, tapi setelah di teliti melalui sijil halal yang terpampang disamping ramai pelanggan bertudung, maka kesangsian kini berada pada level 0, tp member aku masih was2 katanya dan dia tak makan pun, cuma order minuman botol. Manakala bagi aku yang agak yakin, terus order Nasi Ayam, ayam panggang dia yang berkilat2 sungguh menaikkan selera aku. ( haha..jgn tanya aku macam mana boleh berkilat-kilat) tp apa yang penting sijil halal mengatasi segalanya. :) Bila time aku nak menjamah tetiba aku rasa pelik sebab nasi ayam dia tak ada sambal. omg!!! macam mana aku nak makan sebab tekak aku kalo tak pedas memang tak boleh nak masuk..huhu..aku cuba tengok orang sekililing, samada nasi ayam dia memang tak de sambal atau aku punya je yang tak de. setelah penelitian di buat maka memang sah memang tak de sambal. owh..dengan tiba2 selera aku terus merudum walaupun belum rasa nasi dan ayamnya.Dan ternyata aku tidak silap!! Nasi dan ayamnya memang tak sedap beserta sup kosongnya..huhu. sungguh kecewa..dan akhirnya aku ambil sos sambil makan dengan sedikit nasi berserta ayam tadi untuk lapik perut yang kelaparan. Harga untuk satu set nasi Ayam RM5.00.

Saat itu aku merasakan perkara paling mencabar untuk aku mengembara adalah bab makanan, sebab tekak aku nie memang lain bebenor..huhu pedas is a MUST ( sehinggakan aku menjadi pelopor masakan pedas sewaktu menuntut di melbourne dulu. ) nanti jika berkesempatan akan aku ceritakan pengalaman di melbourne selama 4 tahun.

Akhirnya kami terus lepak di depan pintu guesthouse. walaupun jam dah menunjukkan jam 1.00 petang kelibat Mrs Lee masih tidak kelihatan. Alamak 1st impression terhadap guesthouse ini sedikit tercalar meskipun mendapat review yang superb di hostelworld. Aku pun mula call Mrs Lee dan ternyata dia terperangkap dalam traffic kerana ada pembaikan jalan on the way ke guesthouse. Akhirnya kami check in lebih kurang jam 1.20 petang. Setelah di briefing oleh Mrs Lee, kami diberikan kunci bilik dan MAP bandar MIRI saiz A3 secara percuma oleh Mrs Lee..memang mudah la berbanding MAP kecil yang di berikan oleh Visitor information centre. Sampai dibilik kami terus berehat seketika sebelum kami memulakan perjalanan menjelajah bandar MIRI pada waktu petang.

On my way to Dillenia Guesthouse
Welcome to Dillenia Guesthouse. Nice interior, full review will be up soon. Stay tuned. :)



bersambung...





3 ulasan:

  1. Salam..saya nak tanya, last bus dari airport miri ke stesen bas miri pukul berapa ye? Flight sy sampai Miri pukul 9 malam lebih, ada lg ke bas time tu? Trima kasih

    BalasPadam
  2. Salam..

    The timings for bus no. 22+28 leaving for Miri bus station are 0710, 0835, 1005, 1135, 1305, 1420, 1610, 1720 hrs. All buses stop operation at 1800 hours. :)


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..nak tny bas dari bandar miri ke aiport jadualnya pukul berapa ye..dan nak tunggu dekat mana..terima kasih.

      Padam