Sabtu, 3 November 2012

SARAWAK BORNEO 1


Overview Sarawak Borneo

Alhamdulillah selamat pulang ke semenanjung setelah berjaya menamatkan misi jelajah sarawak selama 10 hari. permulaan yang baik untuk jelajah yang akan menyusul tak lama lagi ( opppzzz.. hehe.. ) Miri menjadi destinasi pertama di ikuti dengan Mulu dan berakhir di Kuching. Carta Aliran perjalanan adalah seperti berikut:



memandangkan ini jelajah pertama, aku cuba menggabungkan kesemua elemen yang terlibat dalam jelajah termasuk backpacking dan luxury element ( alamak luxury la sgt.. ) tujuan hanya satu iaitu untuk aku rasa sendiri pengalaman yang terbabit dan memilih cara jelajah yang sesuai dengan jiwa aku disamping faktor2 lain yang berkaitan. :)

Aku hormat cara sesetengah orang untuk jelajah ke sesuatu tempat.( bawak backpack ke, tarik bag troley ke ala2 pramugari ke, bawak dua-dua sekali ke..hehe ( ada ke?? ) kerana bagi aku setiap orang ada sebab tersendiri bagi setiap cara yang dia pilih, apa yang lebih penting adalah objektif bagi setiap penjelajahan kita. Apa yang kita cari dan apa yang kita mahukan hasil dari penjelajahan kita.



Day 1 : Sarawak Borneo

bergerak dari rumah dengan menaiki KTM ke KL sentral.keadaan ketika itu agak kelam kabut..segala-galanya serba tak kena. hati berbisik " pasti ada sesuatu yang akan terjadi ni " Jam handphone telah menunjukkan jam 7.00 pagi tp perjalanan masih belum tiba di KL sentral sedangkan flight akan bertolak jam 8.30 pagi dari KLIA. hati masih berkira-kira samada sempat atau tidak untuk menaiki penerbangan pagi..jika terlepas maka berputih mata la jawabnya..aku bagaimanapun masih optimis bahawa sempat untuk aku sampai ke KLIA..sekali lagi mataku melihat nombor digital yang tertera di skrin handphone..Alamak dah 8.00 pagi!!! :((

dan tiba-tiba

farif bangun-bangun...berkali2 badan aku di goyangkan..huhu..rupanya aku masih di rumah dan dikejutkan oleh mak aku untuk solat maghrib dan bersiap ke airport.itu la akibat kalo tido time nak maghrib..pasti ada je mimpi2 yang kurang menyenangkan.

selepas menunaikan solat maghrib aku terus membuat persiapan terakhir untuk check list segala barang keperluan untuk dibawa ke Sarawak. Alhamdulillah sejurus selepas solat isya' aku terus menuju ke rumah abang aku di padang jawa dan meminta abang aku hantar ke stesen komuter padang jawa. trip kali ini aku dan rakan yang baru tamat pengajian di Melbourne Uni dan balik for good. tak sampai sebulan pun di malaysia lagi.hehe. Kami bercadang untuk jumpa di KL sentral lebih kurang dalam pukul 11.00 malam.

Mesti korang pelik kenapa gerak malam..flight pukul berapa? hehe...macam nie sebenarnya kami memang plan nak merasa tidur di airport, tp sebab paling utama, sebenarnya agak sukar nak gerak seawal pagi lebih2 lagi bagi aku yang hanya bergantung kepada pengangkutan awam..huhu sedihkan..faktor lain yang mendorong keputusan ini adalah sebab takot mimpi menjadi nyata. lagi pun aku pernah merasa bagaimana peritnya dan sedihnya bila terlepas flight..huhu

selingan sikit yer.. (cerita terlepas flight)

kisah ini berlaku masa aku menuntut di Melbourne, tahun 2008 kalo x silap. masa tue aku dan 2 rakan lain nak pergi ke Tasmania. kami naik tiger Airways. flight lebih kurang dalam 11 pagi waktu tempatan. ntah macam mana ada je yang tak kena masa kami nak gerak ke airport. setiap sorang ada je barang yang tertinggal, sorang demi sorang..akhir sekali berjaya juga sampai ke aiport..kami bergegas lari menuju ke drop luggage counter sebab kami dah check in siap2..tp malangnya minah kat counter tue cakap counter dah tutup..puas2 merayu sebab flight belum berlepas pun lagi..tp pujuk rayu kami tak cukup untuk menggoda minah tersebut. barangkali tak cukup hensem kot..haha..maka bermula la episod kesedihan..mujur rakan yang hantar kitaorang tak balik lagi..sebab dengan kebijaksanaan dia, maka kami dapat lah pulang ke rumah tanpa naik shuttle..haha..dapat save budget..sebab cara terakhir adalah dengan beli tiket baru. tapi sorry la tiger Airways anda tidak ada dalam list kami. trip ke Tasmania berjaya dengan menaiki Jetstar Airways. :)


wajah2 kemurungan selepas ditinggalkan oleh tiger airways. ** sempat lagi nak berphoto mcm tak sedeh je..haha**



jadi berbalik kepada cerita asal.

Aku sampai dulu di KL sentral dan terus menuju ke KLIA express departure Hall dimana ini tempat perjumpaan kami. ( mode mengada2 tak nak naik bas ke KLIA, padahal flight pagi esok kot..haha. contoh #1 Luxury element ) al maklum la member aku nie kan baru balik dari melbourne kot..mana biasa nak naik bas2 kat malaysia nie..lagi satu duit tengah berkepuk2 AUD notes tue..haha. Aku layan je..

lebih kurang jam 11.00 malam..ye memang tepat dia sampai di meeting point. bagus, punctual " cakap dalam hati" kalo lambat tadi pasti kena lezer dengan aku. "Anugerah mulut lezer seluruh melbourne" haha..award ini aku yang bagi sendiri. ( seriously gila award kan?..haha) Apa-apa pun mulut je lezer tapi hati aku baik je. ( sambil tersipu-sipu malu)

KLIA express departure hall. Taken Using Iphone, Instagram. Maaf atas kualiti yang agak kureng.

kami sampai di KLIA lebih kurang jam 12.00 tgh malam. ada 8 jam lagi untuk kami menghabiskan masa sebelum menjejakkan kaki ke bumi Sarawak. 8 jam di airport terasa bagaikan berhari2 kot. benda pertama yang kami buat ialah cari port untuk "tidur"hermmm bagi aku tak de la tidur sangat hanya sekadar berehat je..lagi pun aku nie macam susah sikit nak tidur di tempat2 awam nie disebabkan kesopanan dan kesusilaan aku yang teramat sopan..haha.

Member aku start baring2..owh port kami adalah berdekatan dengan surau level departure Hall. aku plak apa lagi charge battery phone. ada juga beberapa orang yang baring di kawasan sekitar kerusi rehat berdekatan dengan surau. infact dalam surau tue pun ada orang tp tak tahu la diorang buat apa, barangkali bermunajat :) hehe...ye la hidup kena sentiasa bersangka baik. Setelah sejam lebih berlalu, cubaan untuk tidur gagal sama sekali. setelah berbincang maka kami membuat keputusan untuk berjalan2 di sekitar airport. meskipun selalu je menggunakan KLIA airport. masa pusing2 dikawasan level yang sama tiba2 kami nampak beberapa set sofa yang jelas keempukannya. kat situ juga ramai mamat dan minat saleh yang terbongkang tidur dengan hanya secawan kopi atas meja mereka. owh ini peluang terbaik..maksud aku peluang untuk kami buat benda yang sama..hehe.


Dengan penuh kenyakinan terus menuju masuk ke restoran dan membuat tempahan. sebab tak tahu nak makan apa pada jam 2.00 pagi maka order je kek yang ada dan minuman. Aku order Manggo Delight dan Lemon Ice. Member aku order Choc apa ntah.Abang counter tue bagi aku macam tak berapa mesra pelanggan, atau mungkin dia dh boleh baca "ala uols nie mesti nak melepak je kan kat sini" hermm ada ke "Abang" cakap mcm nie?? haha..barangkali dia ada element "Kakak" kot skit..hehe. Selepas makan member aku terus landing sebab ngantuk sangat manakala aku terus leka dengan kamera dan facebook + twitter + instagram + blog. Masa pun berlalu, dan aku rasa member aku dah pun lena di buai mimpi indah dan aku masih boleh bertahan lagi. macam aku cakap, aku nie susah sikit kalo nak tidur di tempat awam. nak buat macam mana esok sure tersengguk2 super. Sepanjang malam tue ada beberapa plot cerita yang melibatkan "abang" counter dan pelanggan dan aku sebagai prop.

Antara menu yang menjadi pilihan untuk Supper (baca: alasan untuk melepak) di Secret Recipe,KLIA.

Cerita 1

ada 3 orang india/bangladesh masuk ke restoran. salah seorang cuba menanyakan harga menu yang diminta lalu "abang" tadi menyatakan harga adalah 7 ringgit dan 30 sen. tp Bangla tersebut asyik sebut 3 ringgit.
"Abang" tadi jawab : No 7 ringgit 30 sen dengan sebutan yang lebih jelas. tp bangla td balas: 3 ringgit?
"Abang"td dh start nak naik angin : sambil ambil calculator dan tunjuk amountnya. dan bangla tadi berlalu pergi...

sambil aku tersenyum sendirian.

Cerita 2

malam semakin sepi. yang ada hanyalah suara radio disamping 2 orang pekerja restoran yang mula mengemas restoran. Sambil2 itu aku dengar "abang" tadi bersembang dengan rakannya.

"Abang" : Selamba je diorang nie, dah macam hotel California dah aku tengok.
 Rakan   : tergelak2..sambil menyokong statement tersebut.
"Abang" : Nanti ko tengok pukul 5 nanti semua bangun beredar..
               ( memang port untuk tourist lepak tidur aku rasa secret recipe nie )

sambil aku diam membisu buat2 bodo je..hehe

Cerita 3

Ada beberapa orang (bukan pelanggan..sebab dia tak beli apa2 pun dari secret recipe) datang sambil bawa maggi cup dan minta Air panas..lebih kurang 7 orang. dan paling mengejutkan bagi aku "Abang" tue tanpa berfikir panjang suruh diorang beratur dan bagi air panas secara percuma. masa tue aku insaf buat seketika dan membuatkan aku bermuhasabah seketika. Sekurang2nya mulia juga hati "Abang" tue walaupun tadi dia perli semacam je..hehe.

take home message : jangan terlalu mudah untuk menilai seseorang.

Cushion Merah yang agak empuk, dan juga minuman yang di order oleh "penumpang" lain. ye segelas minuman sahaja. Mujur kami lebih sopan :) hihi

Secara keseluruhannya, bagi sesiapa yang bercadang untuk bermalam di airport boleh lepak di secret recipe. cuma kena berbelanja sedikit untuk keselesaan yang berpanjangan.( contoh #1: backpacking element ) tapi kira ok la kalo nak dibandingkan guna khidmat lounge ( RM 100 ++ untuk tempoh 2-5 hours) atau sesiapa yang pentingkan luxury, check in je kat pan pacific hotel :) atau mungkin airside hotel atau di concorde inn sepang ( yang nie agak jauh sedikit dan perlukan shuttle ) tp free shuttle disediakan oleh pihak hotel.

waktu solat subuh pun hampir tiba. jadi aku mengejutkan member aku untuk ke surau menunaikan solat. Kestabilan minda aku semakin berkurangan kerana tak tidur sepanjang malam. Selepas solat subuh kami terus bersiap dan menuju ke kaunter check in Malaysia Airlines.


bersambung...







1 ulasan: