Entri kali nie, nak kongsikan resipi chocolate chips cookies yang superlicous..hehe..kepada semua, anda di galakkan untuk mencuba!! untuk rekod, aku tak pernah berjaya membuat cookies yang sesedap ni, sebab yang jelas aku tak pasti, tapi mungkin sebab orang yang share resipi tak bagi resipi yang sebenar2nya beserta teknik yang betul..ye la situasi orang menanyakan resipi pada seseorang pasti tidak asing lagi pada kita semua. contohnya..
Si A : macam mana nak buat bla bla bla...ko guna apa yer..sedap la?
Si B : Ala senang je...aku pun main cuba2 je...main campak-campak je.. ( sambil tersengih2.. )
Si A : hermmm... ( dalam hati cakap je la tak nak kasi..) huhu
lalu perbualan terhenti setakat itu sahaja..infact kalo dia berikan resipi sekali pun..kebarangkalian ianya hanyalah menu semata2 tanpa sebarang teknik yang penting semasa proses penghasilan.
Bagi aku teknik penghasilan lebih penting dari aspek bahan semata2 ( jangan salah faham..bahan dan juga sukatan mesti la penting juga ) cuma kadang2 teknik nie la yang jarang orang tekankan bahkan kita sendiri akan mengambil sikap...ala hentam je la..dah ok kot...lagi banyak@ lagi lama@ lagi bagus etc.
Bahan - Bahannya
750g Butter
325g Caster Sugar
5 tea spoon Vanilla Essence
* Pukul kesemua bahan ini sehingga putih.
800g Badam
- Badam yang pelbagai bentuk, Cincang + Panjang + Nipis + ( tambah gajus )
* Pastikan di panggang terlebih dahulu. Jumlah keseluruhan kekacang adalah 800g. portion setiap jenis di galakkan untuk seimbang.
1kg Tepung Gandum Biasa ( Cth Cap Sauh etc )
2 Teaspoon Soda Bicarbonate
* Ayakkan bersama tepung dan Soda Bicarbonate.
500g Chocolate Chips
********************************************************************************
1. Setelah Bahan telah di pukul sehingga sebati ( putih )
2. Masukkan Kekacang. gaul sebati
3. Masukkan Tepung. sedikit demi sedikit sehingga boleh di bentuk. Pastikan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Hanya ikut sukatan sahaja, insyaAllah ok.
4. Gaulkan bersama Chocolate Chips. Gaul perlahan menggunakan tangan. Jangan picit atau tekan kuat.
5. Buat bentuk sesedap rasa mata memandang.
6. bakar dalam Oven pada suhu 160 degree Celcius sampai masak. ( sila mahirkan penggunaan oven anda dirumah ) Basically cara memasak adalah sama seperti cookies yang lain.
**Kesemua bahan boleh mudah didapati di kedai BAGUS Baking Solution. untuk senarai kedai boleh terus rujuk Abang Google. Sekian :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan