Selain obses dengan keindahan aurora di 3 buah negara, saya juga jatuh hati dengan keindahan landskap bunga sakura yang memenuhi ruang muka bumi negara matahari terbit ini.
Memandangkan kedudukan negara jepun yang merentasi bahagian utara ke selatan, maka setiap bandar utama mengalami perubahan musim bunga & luruh yang tidak serentak.
Informasi ini penting dalam membuat perancangan bagi menikmati keindahan landskap bunga sakura yang secara puratanya akan bertahan dalam tempoh masa seminggu.
Bagi musim bunga, ianya akan bermula dari kawasan selatan dan seterusnya menuju ke kawasan utara. Berbeza dengan musim luruh dimana ia akan bermula dari kawasan utara dan seterusnya ke kawasan selatan.
Jadi bagi sesiapa yang ingin merancang perjalanan untuk musim bunga yang akan datang, anda perlu memberikan sedikit fleksibiliti dalam itinerary sepanjang berada disana. Ini kerana musim pada setiap tahun adalah berbeza bergantung kepada faktor-faktor persekitaran.
Justeru, bagi memaksimakan peluang untuk menikmati keindahan ini, berikut adalah perkara yang boleh diambil kira sebelum merancang perjalanan:
1. Jika ingin membeli tiket promosi awal, pastikan anda membuat sedikit research berkenaan tarikh-tarikh perkembangan bunga sakura pada musim lepas. Jadi beli lah tiket dalam tempoh masa tersebut sebagai panduan awal. Jika boleh, cuba panjangkan sedikit tempoh percutian anda bagi tujuan fleksibiliti ini.
Namun jika anda terlepas "peak season" ketika waktu travel, maka disini perlu ada fleksibliiti dari segi destinasi. Ini kerana anda boleh melawat kawasan sekitar utara untuk perkembangan yang lebih lewat.
Anda boleh mendapatkan semua maklumat mengenai "trip report" semasa di laman sesawang japan-guide. Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah jemu memberikan perkongsian maklumat yang sangat berguna ini.
2. Jika anda ingin lebih yakin maka boleh beli tiket apabila "trip report" telah dikeluarkan. Ini bermakna anda membeli tiket penerbangan lebih kurang seminggu awal. Pasti cara ini lebih menelan belanja yang tinggi terutamanya bagi harga tiket penerbangan. Tapi bagi mereka yang mempunyai keahlian "frequent flyer" bagi mana mana syarikat penerbangan maka inilah masa terbaik untuk memanfaatkan "ticket redemption".
Bagi sesiapa yang ingin merancang perjalanan menikmati keindahan bunga sakura pada tahun 2016, anda boleh mula untuk merancang sekarang. Jangan berlengah lagi, pastikan anda bertemu dengan kuntuman kuntuman sakura yang pasti memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Jemput singgah di Instagram Kabussenjatravel 😉 untuk gambar2 yang lain.
Semoga berjaya dalam mengejar sakura!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan