Isnin, 25 Februari 2013

SARAWAK BORNEO 3

 Day 2 - Miri Part 2


"Krok krek...krok krek"

Ok korang semua jangan salah faham. sebenarnya nak terjemahkan bunyi katil dalam bilik kami. hehehe..

Katil bilik kami agak bergoyang sedikit..tp apakan daya itu saja yang termampu untuk kami bayar sepanjang penginapan di Miri. Baik lah, kami di letakkan di bilik tingkat atas bagi twin bed private tapi shared bathroom. tapi fenomena ini tidak la janggal bagi kami kerana berbekalkan pengalaman menetap di bumi australia menjadi pedoman ( pedoman?? haha, i really couldn't find the right terms at this moment (read: 2am) budaya shared bathroom.huhu. harga untuk semalam adalah RM80.00 dan ini termasuk breakfast.Pada awalnya bercadang untuk memilih bilik kongsi ramai2, tp memandangkan ini kali pertama dalam usaha mencari pengalaman backpacking maka aku memilih untuk lebih berhati-hati. Alamak mesti korang pelik kan kenapa kena berhati-hati?? hermmm ye la mana la tahu takot- takot kalo stay dalam bilik mixed dorm..tetiba di nodai ke..hahaha. ( oooppzzz...larikkkkkkk ) Apa2 pun sebenarnya malas nak campur gaul dengan laki dan perempuan sebilik. bukan kah kita tidak dibenarkan berbuat sedemikian. ye la kebanyakkan hostel atau guest house hanya ada option female dorm only tp setakat nie belum aku jumpa lagi male dome only. cuma hanya ada satu kat Indonesia, bandung kalo tak silap. ( jika korang tahu tempat lain especially indonesia, sila maklumkan pada aku) jadi agak bias disitu..hehe..tp sekali lagi apakan daya yang termampu, dh hostel diorang..jadi travel tips untuk DIRI AKU ( ye aku tujukan untuk diri aku..orang lain jangan nak sentap nak cakap aku mengada2 ok..hehe ) always go for private room. dan yang pasti ianya lebih murah dari hotel. :)

Ok berhenti melalut...

Bilik kitaorang dilengkapi dengan penghawa dingin yang sejuk super. Ada tingkap + towel + meja kecil + lampu + Katil ( haish ini pun nak bg tahu jgak ke..yes offcourse la..ada guesthouse yang provide tilam sahaja tanpa katil :) ).

Ok bermula la cerita pengembaraan kami untuk menakluki bandar Miri.

Selepas berehat lebih kurang sejam lebih kami bersiap untuk melakukan aktiviti pertama iaitu menawan punck Canada Hill. Mrs Lee suggest supaya kami menaiki teksi ke puncak tersebut tapi memandang kami memerlukan lebih cabaran ( cewah..) maka kami terus MENAPAK dari guesthouse ke puncak yang mengambil masa hampir 40 minit. pada fikiran kami Canada Hill nie x de la tinggi mana dan mudah untuk didaki tapi alangkah sedihnya bila kami sudah berada di pertengahan jalan. huhu. sebaik sahaja tiba di kaki bukit tersebut, hati aku terasa seakan2 pelik sedikit sebab tak nampak pun kelibat manusia yang berjalan kaki menuju ke puncak bukit. tapi mungkin pada masa itu bukan waktu puncak melawat Canada Hill. Kami pun meneruskan perjalanan pendakian, pada awalnya ianya seakan mudah sebab keadaan cerun yang agak landai. jadi kami pun teruslah berjalan sambil menikmati keindahan alam..sebenarnya sepanjang perjalanan peringkat awal pemandangan x pun cantik..belukar je kiri kanan..hehe. setelah menghabiskan suku perjalanan, kelibat manusia masih tidak kelihatan yang kami nampak hanya lah kenderaan pacuan empat roda yang melalukan pendakian.haish..syakwasangka aku semakin menebal..ke memang orang tak manapak untuk ke puncak? ini disokong lagi dengan fakta bahawa jalan yang kami guna untuk ke puncak adalah jalan raya berturap untuk kenderaan. huhu.

Kiri : Suasana rumah kampung dalam perjalanan ke Canada Hill. Kanan : Perjalanan pendakian kami..huhu
Sekali lagi cuba memujuk hati sendiri sehingga kami sampai ke pertengahan perjalanan. seriously jalan semakin cerun super..memang mengah tahap gaban la..sampai aku terpaksa berhenti beberapa kali..ditambah pula dengan kepanasan terik mentari ketika itu..huhu tuhan saja yang tahu kesukarannya. dalam hati aku ada la orang yang sanggup tumpangkan kami sampai ke atas..tp malangnya semua kenderaan meluncur laju seolah-olah kami seperti batang-batang kayu di tepi jalan..huhu ( ok fine..nie aku yang cakap..) hehe..barangkali diorang tak berhenti sebab mungkin ingat kami memang nak adventure..nah ambik ko..rasakan..haha ( padan muka )Nak tak nak terpaksa kami meneruskan pendakian dengan hati yang sedih ditambah dengan muka ketat.

Alhamdulillah akhirnya sampailah kami ke puncak canada hill dengan baju yang basah lenjun disebabkan peluh keringat yang mencurah-curah. Antara aktiviti kami disini adalah untuk melihat pemandangan bandar Miri dari atas bukit. seriously memang cantik dan boleh nampak kawasan pesisir pantai bandar miri. Dan sudah pasti pemandangan waktu malam mungkin lagi cantik.Selain itu juga kami nak melawat tapak bermulanya era petrolium malaysia iaitu " Grand Old lady" dan juga melawat petrolium muzium yang juga terletak di atas bukit ini. tapi malangnya masa kami datang, muzium ditutup kerana ada pameran dinasour sedang berlangsung. huhu..agak kecewa jugak sebenarnya sebab penat kami mendaki tetapi misi tidak tercapai. jadi kami teruskan dengan melihat pemandangan bandar miri dan bergambar dikawasan sekeliling.

untuk yang nak mengetahui lebih lanjut mengenai Canada Hill, Grand Old Lady dan petrolium Muzium boleh la semak dengan pak cik google. tapi personal view, aku cadangkan korang lawat tempat nie bila sampai ke Miri.

Miri
View yang cantik selepas separuh pedakian. Subhanallah
Miri
Petroleum Museum
Miri
Canada Hill
 Ha tiba masanya untuk balik. tapi isunya adakah perlu berjalan kaki jgak untuk menuruni canda hill ini?? owh NO NO NO NO..memang memilukan jika terpaksa menuruni canada Hill setelah kami merasai keperitan sepanjang pendakian. huhu..Akhirnya cuba melihat -lihat di sekitar tempat parking..mana la tahu kalo ada rezki mungkin ada teksi untuk membawa kami turun. Alhamdulillah masing2 excited melihat sebuah teksi yang teletak tak jauh dari tempat kami berdiri..ketika itu driver teksi tersebut sedang memakai kasut. Driver tue sebenarnya naik ke canada hill untuk sesi jogging petang dia..huhu..setelah sedikit perbualan dan pertanyaan maka dia pun bersetuju untuk menghantar kami ke Miri riverfront dahulu sebelum dia berjogging..Alhamdulillah nikmat yang paling berharga pada ketika itu. Sempat juga bersembang dengan uncle tue. Umur dia pada pandangan aku dalam linkungan 50 an menghampiri 60 an, namun begitu masih terus dengan aktiviti berjogging..satu take home mesej untuk diri aku..wwalaupun bahasa Melayu & bahasa Inggeris nya agak sukar difahami namum ianya cukup untuk kami memahami antara satu sama lain. Terima Kasih Uncle..( itu pun jika uncle jumpa blog nie dan faham apa yg saya tulis) hehe..

Miri
Gambar Pemandangan Bandar MIRI dari puncak Canada Hill.
 Akhirnya tiba lah kami di miri riverfront. Ada apa kat sini..hermmm..tujuan utama adalah untuk dinner di restoran muara. Menu yang kami cari adalah sejenis makanan tempatan iaitu Lelapan. Ok disinilah bermulanya imaginasi terlampau aku dan member aku. haha...untuk yang di luar sana..pasti kan anda sebut order anda dengan jelas yer..Lelapan satu..jangan sampai sebut Lelapan lapan..ha ambik ko saper nak makan sampai lapan...hahaha. :P Nway..itu hanya lah sekadar imaginasi terlampau kami. pada hakikatnya kami berjaya order lelapan dengan jayanya. Ok pasti ramai yang nak tahu apa itu Lelapan. Ok sila rujuk gambar dibawah: ada 8 jenis lauk disertakan dengan nasi putih. ada pilihan Ayam, Ikan, Daging. yang lagi 7 lauk adalah sama iaitu terdiri daripada...hermmm..seriously x ingat..boleh refer gambar yer. hehe

Selepas kekenyangan. hermmm aku order ikan keli..hermmm..ikan yang terlalu besar sampaikan aku x boleh nak makan dengan kata lain rasa geli nak makan..hehe..tp mujur member aku suka ikan keli..so dia la yang membantu aku daripada menjadi sahabat syaitan..huhu..x baik membazir. :) ( maaf tertune channel oasis la plak ) hihi

Hari sudah semakin lewat petang, kami bercadang untuk berjalan kaki untuk pulang ke dellinia guesthouse untuk malam pertama kami tidur di guesthouse dan juga malam pertama kami tidur di Sarawak.. haha ( Jakun super ) Apa2 pun sepanjang perjalanan sempat juga melalui kawasan perkampungan di riverfront..ada bot..rumah atas air..macam best je suasana tersebut. tp kalo bersih sure lagi cantik.

Miri
Ini lah Lalapan yang di maksudkan..haha
Miri
Senja di Miri Waterfront. Kawasan tanjung seberang sana telah menarik minat kami untuk di jelajahi. InsyaAllah akan diceritakan pada entry yang akan datang.

Ok. InsyaAllah pengembaraan seterusnya akan disambung pada entry akan datang. Saje hint sikit... " Backpackers from UK dan Switzerland "


3 ulasan:

  1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    BalasPadam
  2. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085321606847 TRIMAH KASIH

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.Wr.Wb.
    Saya IBUHERLINA ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKI di MALAYSIA. jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKI itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentang.(KYAI ABDUL ADJIB).dan katanya nomor yg di berikan oleh (KYAI ABDUL ADJIB) bener-bener tembus 100% dan kebetulan juga saya sering pasan nomor:akhirnya saya coba untuk menghubungi. (KYAI ABDUL ADJIB) dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor GHOIB, dan nomor GHOIB yg diberikan (KYAI ABDUL ADJIB).ALHAMDULILLAH itu bener-bener terbukti tembus 100% yaitu:SINGAPORE 8697 dan saya sangat bersyukur kpd ALLAH S.W.T berkat bantuan AKI. kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk berkumpul dengan keluarga dan bisa juga buka usaha sendiri.mungkin saya tidak bisa membalas budi baik.( KYAI ABDUL ADJIB) Saya IBU HERLINA bersama dengan keluarga besar, hanya bisa membalas dengan do'a semoga kebaikan (KYAI ABDUL ADJIB) di bls oleh ALLAH S.W.T Aminnnnnn dan bagi teman" atau pung sahabat" saya yg menjadi TKI/TKW seperti saya,bila ada yg butuh bantuan hubungi saja langsung.Beliau (KYAI ABDUL ADJIB) DI NOMOR HP: {_+6285280167479_} insya ALLAH beliau akan membantu anda dengan tulus.
    Ini benar-benar KISAH NYATA dari saya seorang TKI MALAYSIA
    SEMOGA BERMAMFA'AT BUAT KALIAN SMUA NYA DAN JANGAN PERNAH RAGU ATAU JANGAN PERNAH TAKUT,UNTUK MENGHUBUNGi KYAI ABDUL ADJIB di nomor HP {_+6285280167479_}dan TIDAK PERNAH MENGOBRAL JANJI MANIS......FAKTA & KENYATAANLAH YANG BICARA...AMIN YRA...

    BalasPadam