|
Sayap Emirates Airline |
Sekadar nak kongsi pengalaman menaiki penerbangan emirates airline semasa pulang ke negera kedua ( Australia ) selepas Malaysia...hehe..tanah tumpah darahku. (agak poyo di situ) sebenarnya tujuan kembali ke Melbourne Australia adalah di atas urusan majlis graduasi yang sengaja di tangguhkan untuk di jadikan alasan kukuh untuk kembali ke melbourne. Sebenarnya boleh je stay terus kat sana sementara tunggu majlis graduasi. (agak mengada2 di situ)hehe
untuk tempahan tiket sepatutnya memang dah boleh beli awal..lagi pun banyak gap masa sebelum tarikh majlis. tetatpi memandangkan ada sedikit communication breakdown dengan pihak pengurusan university maka terpaksa la aku settle kan dulu allocation untuk majlis tersebut. jadi urusan pembelian tiket flight terpaksa di tangguhkan.
cerita sikit tentang majlis graduasi di melbourne university. sistem dia macam lain skit..terpulang pada pelajar untuk grad bila2 masa sahaja..x nak atttend majlis pun x apa..infact ada je yang lepas kerja + kahwin baru datang balik untuk grad..hermmm..tak tau la sebab apa...apa2 pun mungkin mereka ada sebab2 tersendiri mungkin.
perancangan awal nak beli tiket AirAsia. ( walaupun berat hati sebenarnya nak meleburkan rekod Malaysia Airline sepanjang hayat ) namun apakah daya nak jimat punya pasal..haha. Amat terkejut dengan harga AirAsia time tue. ( sambil dalam hati riang x terkata sebab ada alasan kukuh nak naik MAS ) hihi. Kemudian dengan bangganya terus ke website MAS. hermmm agak sedikit mahal dengan AirAsia. dalam RM 500 beza dia. kemudian ntah macam mana boleh plak terbaca news dekat internet yang Emirates baru start route Kuala Lumpur to Melbourne dalam sebelun yang lepas..so sudah pasti ada offer!!! So apa lagi bila check harga WOW.. sama harga dengan AirAsia!!! tanpa prasangka terus je booking tiket Emirates ke Melbourne. ( time nie tak tahu pun ada applikasi skyscanner untuk check harga tiket penerbangan ke setiap destinasi yang kita nak pergi ) ( sekali lagi agak kekampungan di situ)..hehe
Alhamdulillah proses pembelian berjalan lancar..siap pergi Emirates KL HQ di pavillion untuk ambil tiket. customer service yang superb. siap tolong dapatkan visa lagi. senang skit daripada nak apply online sendiri.
tiba pada di hari perlepasan. urusan check in lancar sebab x ramai orang pun naik flight time tue. mungkin sebab dia airline baru untuk untuk route KL - Melbourne yang sebelum nie HANYA di dominasi oleh MAS dan AirAsia. Dapat window seat. flight tersangatlah kosong time tue. untuk row aku aku sorang je duduk..(memang seronok la sebab dapat baring2 bagai nanti..hehe.)
kemudian nak di jadikan cerita time serve snacks datang la 2 orang pramugari kat aku..ntah macam mana dia tanya
pramugari : you dari malaysia yer?
Aku : Ha'ah sambil senyum.
pramugari : saya pun dari malaysia.dia cerita dia baru kerja dengan emirates dengan kawan dia sorang lg tue.
Aku : ooo ic..baik nya for sure la kan..1 Malaysia.
terus bersembang siap bagi aku banyak snacks lg..berbulu je mat salleh row belakang aku tue..(assumption aku je) hehe
tak lama kemudian semasa kami berada di ruang udara indonesia, pramugari tadi buat announcement untuk tengok ke luar tingkat sebab ada flight emirates yang terbang jgak menuju ke indonesia katanya..dan perkara ini jarang berlaku sebab Airlines yang sama..nampak jelas dari tingkap tempat aku duduk tue flight Boeing memecut laju..pengalaman yang menarik. sebab sepanjang aku naik flight memang x pernah nampak ( atau mungkin time flight lalu aku tdo kot) hehe
Secara keseluruhannya memang pengalaman yang terbaik dapat naik emirates. meskipun rekod MAS sepanjang hayat lebur. tapi emirates memberikan sinar baru..cewah..hehe..Apa2 pun Emirates Airline memamg terbaik!!!Masa dalam flight a few hours before landing aku isi la borang survey..siap promote nama pramugari tue..cakap excellent service..hehe.. jom layan gambar
|
Sajian Makan Malam Emirates Airline: Standard Malaysia Airline. Suka sangat Mango Juice dia as recommended by Pramugari Malysia yang peramah..hehe |
|
|
|
|
The Best Airline Entertainment System. Emirates Airline dapat award untuk Entertainment system. Macam MAS kan Best Cabin Crew. lebih kurang la.. :) |